Thursday, 17 August 2017

Kenapa Anda Perlukan Omega Guard Shaklee?

Ada 6 sebab utama;


1) Penyulingan Molekul Tiga Peringkat untuk ketulenan dan kepekatan.

Proses proprietri ini, memekatkan Omega-3, dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar. Minyak ikan Shaklee menjalani proses 'molecular distillation' untuk membuang segala bahan logam merbahaya tersebut.

2) Kualiti Omega Guard terjamin.

Minyak ikan yang digunakan adalah ikan bergred Farmaseutikal. Untuk mendapatkan minyak ikan tulen sebegini, ianya mesti terdiri dari 80% Omega-3. 

3) Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi.

Satu sajian Omega Guard memberikan 990mg asid lemak Omega-3 (546mg EPA, 360mg DHA).

4) Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak Omega-3 tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA dan banyak lagi.

5) Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum, tiada masalah untuk kanak-kanak dan dewasa untuk mengambil Omega Guard.

6) Diiktiraf oleh Friend of the Sea. Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar.

Anda perlu milikinya.

Hubungi mamakayla
010.294.1344

Wednesday, 9 August 2017

Keperluan bagi Ibu Hamil Bagi Memastikan Bayi Mendapat Nutrisi Secukupnya

Setelah disahkan hamil, selain meraikan kegembiraan dan kesyukuran perkara utama yang lebih penting perlu diberi perhatian adalah keperluan untuk ibu hamil. Tidak dinafikan ada segelintir ibu-ibu yang memandang enteng perkara ini dan tidak memeranjatkan jika adayang tidak kena dalam proses melahirkan atau keadaan bayi setelah dilahirkan.

Semua kuasa Allah, namun kita disuruh berusaha menjaga anugerah Allah ini sebaik mungkin seawal dari dalam kandungan lagi.

Apa keperluan ibu hamil?

Jelas ketara ibu hamil sangat memerlukan asid folik janin yang baru terbentuk bagi membantu perkembangan sel dan saraf. Malah disarankan pengambilan, sebaik saja sudah berkahwin kerana ada kandungan tidak dirancang bak kata orang tua 'bunting pelamin'.

Zat Besi
Untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Pengambilan zat besi secukupnya juga mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.

Kalsium 
Sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Ibu hamil yang kekurangan kalsium akan terdedah kepada risiko Preeclampsia yang boleh membawa maut si ibu dan anaknya.

Omega 3
Diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber Omega terbaik namun dikhuatiri boleh menyebabkan keracunan merkuri akibat pencemaran sungai. Oleh itu, ambillah suplemen Omega 3 jika khuatir keperluan omega tidak mencukupi.

Selain 4 keperluan diatas, ibu hamil juga perlukan Protein yang lengkap, Vitamin A (tetapi tidak berlebihan), tidur serta rehat yang cukup dan senaman khas untuk ibu hamil.

Boleh klik sini untuk ketahui cadangan set hamil Shaklee.

Thanks for reading :)

Untuk pesanan
010.294.1344
mamakayla



Tuesday, 8 August 2017

Akhirnyaaaaaaaaaaaa

Subhanallah,.......... rasa nak sujud syukur sangat ni tau. nak menangis pun ada. Dah lama mama rindukan blog ni hukhukhuk. Tengok last update 16 September 2015? huiiiiiiii seminggu after mama resign! makna kata lepas resign terus hilang dari radar lani :)

Macam-macam berlaku lepas mama resign. Sampaikan password gmail pun dah lupa sebab iphone rosak. Tukar nombor. Tukar henfon. Pindah balik duk kampung. Bersalin anak ke 5. Yeah 5 dah noks. Kira nya lepas resign tu, sempena resign kita mengandung seround lagi kihkihkih

Kisah hidup mama banyaaaaaaaaaaaaak sangat mengajar erti hidup ni. Tak terkata lah dugaan melanda sepanjang dua tahun ni. Tak ramai yang tahu dan yang tahu tu pun hanya pada surface. Mama dan suami saja yang tahu hingga ke dasarnya. Pedih nak cerita. Dan mama memilih untuk tidak bercerita. Biarlah hanya cerita-cerita manis sahaja yang berlegar dilaman sosial ni ya, yang sedih-sedih kita simpan dilubuk paling dalam.

Mama percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Klise kan kata-kata ni tapi itulah hakikatnya. kalau kita pandang dari sudut positif, tiada satu pun yang berlaku itu sia-sia melainkan Allah nak kita belajar sesuatu. 

Mama happy tak terkata ni sebab blog di berjaya dikesan semula dengan bantuan Mr. Googly yang kacak lagi hensem (perhaps). Percubaan kali pertama dulu tak berjaya. Mama dah sendu mikirkan nak buat blog baru. Aku dah lupa gila macam mana, ibarat nak kene belajar ABC semula. Gitulah lebih kurang payahnya sebab mama bukan pandai sangat bab ni. Dulu buat pun berdikit-dikit, godek sana godek sini. 

Sekarang ni kalau ada bajet kita cantikkan sket blog ni makeup2 kasi cun. cewaaah orang tengah bersemangat camnilah><

Syukur sangat Allah mudahkan urusan mama harini. Rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup. Paham tak maksudnya? Betapa pentingnya blog ni. Semoga mama Istiqomah update lepas ni dengan macam-macam info kesihatan dan produk Shaklee.

Stay tuned keh

Luv u all

Thanks for reading =)

Thursday, 17 September 2015

Aku dan tudung labuh..


Macam cerpen dah tajuknya.. ^_^

Assalamualaikum...

Dari dulu lagi mama teringin nak pakai tudung labuh.. Memang teringin sangat.. Tapi takde courage nak pakai.. Ntah kenapa.. Lagi2 untuk ke tempat kerja.. Lagilahhh berat hati nak pakai.. Takutnya orang kata macam2..

'Alim semacam dah skang ni

'Uiii labuhnya macam ostajah

'Macam orang tua.. Ilang cute nya T___T

'Harap tudung je labuh, perangai cam gitu jugak!

Aihhhh... Macam2 pikir apa orang kata!! Setan gondol sungguh la kan... Padahal yang penting apa Allah kata!!!

Masa zaman2 sekolah/remaja dulu suka pakai tudung labuh mak yang memang pure labuh yang old-fashion gile2 tuh(ampon mok) yng kain licin macam kain tudung sekolah kite dulu2 tu kan

Haaa suka pakai dalam umah pahtu mengacau mok kat dapur tukar2 suara (i kan mmg johan ngajuk suara org) pahtu mok ingat ade jiran dtg sbb bertudung labuh kan padahal ank bertuah die ni^^

Pahtu mok cakap 'horrrr comel lotey paka labuh2 gini.. 

Heheeheh

Sampai dah kawin.. Asben pon suka bini die pakai labuh2.. Cuma bini die ni.. Dpt yg labuh2 disingsing2 dikelepet2 jd senteng jgk.. Buh pin atas bahu.. Takut sangat nak tutup bahu tutup ketiak tuh.. Haihhhhh

Tapi bila umur makin meningkat.. Menginjak ke 3 series dah ni (walaupun menutup aurat tak kira tunggu umur dah meningkat) jadi sikit demi sikit ada rasa segan pakai tudung atas dada.. Senteng bahagian belakang.. Tudung yang jarang.. Serkup kepala yang half tu pun rasa tak semenggah dah kalau pakai.. Pelan2 rasa nak ke arah menutup aurat dengan sempurna..

Alhamdulillah.. Dipendekkan cerita.. Join pulak kelas tafsir Al-Quran yang merungkai ayat2 Allah dengan terperinci dan bukan sekadar baca AQ sekadar untuk berlagu dalam bahasa yang tak difahami pulak tu (bahasa Arab)..

Allah... Sungguh.. Dipendekkan cerita lagi... Bertuah sungguh jadi sebahagian dari team tudung labuh Werda yang mana keluaran Sarcasteek (diasaskan Saiful Nang) ini bukanlah calang2 tudung muslimah namun menekankan ciri muslimah yang mukminah!

Bakal dirasmikan pada sabtu 19 sep ni jam 9 pagi di Bangi Sentral (anda semua dialu2kan datang tau ada goodie bag untuk 200 yang terawal)


Ada sedondon untuk mak dan anak:)

Ianya Labuh tidak melekap serta tidak jarang... Tidak panas, fabrik berkualiti & mudah diurus

Yang penting, rekaannya yang sinonim dengan kehendak wanita masa kini iaitu bercirikan solat ready, wudu' friendly & nursing friendly.

Packagingnya juga sangat istimewa yang mana boleh diguna semula. 




Mama belom dapat sample nya sebab tak dapat datang waktu briefing tapi diorang dah try masing2 kata memang fabrik sedap pakai.. Yang penting solat ready! Best sangat gi mana2 tak payah bawak telekung kan.. Bukankah pakaian muslimah yang terbaik adalah yang boleh terus dibawa solat:)

Cantik kan? Sejuk mata memandang.. Perincian kedutan dibahagian depan untuk melindungi aura dada wanita :D

Solat ready:) bukak saja pin atas bahu tu, dah boleh solat..

Ok kalu berminat boleh like page Werda Cheras kat FB ye.. Tu mama nye FB page khas untuk werda.. Korang leh like page official Werda sendiri dan IG pon ada..

Alhamdulillah mama bertudung labuh dah pasni.. Insyaallah.. Ameeennn 

Nak oder?
Roger mama

Jum kembali fitrah... 



Wednesday, 16 September 2015

Ayam masak kicap; Mamaaaaa.... Kami laparrr!!!

Jadi mak2 ni memang nak kena kreatif tanpa mengira masa kan?

Kesahnya... Anak2 mengadu lapar pukul 10:30 malam.. Biasa malam dah waktu2 camtu tak heran makan dah.. 

Pukul 10.30 lah mma start enjin kat dapur.. Dengan takde bahan ape nye nak masak.. KAlo korang kenal mama memang tahu lah kan mama bukan tahu masak! Halia ngn lengkuas pon tertukar lagi.. ^_^

Tapi bila dah tak kerja ni, rm10 pon sayang nak keluar tau.. Jimat selagi boleh jimat.. Kalau tak... Dah selamat turun tapau makan kat bawah.. Setel! Hahah

Ohh nape mama tak tahu masak? Nice question.. Zaman anak dara dulu takde nak jenguk mak masak ape.. Tolong potong2 je tak penah berusaha nak belajar masak.. Tahu mentekedarah jek.. Mak pulak jenis tak bertegas sangat (love u so much mok!!!) jadi konon ingat nanti dah kawin pandai sendiri lah..

Biasa kan ada orang camtu dah kawin nak tak nak tetibe kena pandai kan jugak memasak.. Padan muka kan! Well kes mama lain sket.. Dapat suami tak makan nasi dn segala lauk pauk.. Jangan disebut.,,, semua beliau tak makan! Termasuk segala jenis mee, laksa. Spagetti, lasagne.. Eh apa sajalah.. Tak makan! 

Makanan beliau berasaskan roti, telur, burger, fries (yes,mostly frozen food) (which is kalo bini terer leh buat sendiri jugak)..,

So ..,takdelah mama belajar masak! Jenis2 ikan pon takdelah kenal sampai   sekarang.. Hahahah cuma anak dah 4 ni mama gagahkan la masak memasak.. Walaupun jadi 2x keje memasaknya.. Bapak makan lain anak makan lain.. 

Tapi makanan baba die ni memang menggiurkan walaupon kami perut nasi.. Namun tetap rasa nak jamah2 makanan die.. Hahah


Contohnya camni hah.. Mau tak terliur kami anak beranak.. ^_^

Ohhh berbalik cerita tadi.. Refer tajuk ikan masak kicap kan.. Hehe

Mama blur taktau nak masak ape.. Ikan ada.. Beras ada.. Hahha ok on jelah terbayang kicap.. Kalau kicap manis dah setel masalah.. Makan ngn nasik anak2 suka tapi yang bijaknya mama salah beli kicap masin aritu hahah dah kicap masin nak buat hape weh

Adui la...ketung ketAng ketung ketang!! Siaplah... 



Semestinyalah ni gambar hiasan kan.. Hahah mama nye masak kicap tak lawo  dan bukan malu nak tunjuk gambo cuma nya tak dan nak snap2 dah aih anak2 dh kelaparan..,

Menambah2 2,3 kali.. Baik si kembar baik si kakak2.. Sian mama tengok.. Menganga2.. 

Nak kabo nye.. First time mama masak kicap ni.. Memang jakun weh.. Segan sungguh.. Tapi nilah hakikat.. Insyaallah lama2 pandai la kan.. Tadi mama imagine je rupa lauk tu.. Agak2 biasa nampak orang buh bende2 biasa ahh kan bawang merah, bawang putih.. Tumis2 dulu kan.. Aishhh tak yah cite lah buat malu je yang tak pandai tu diri sendiri hihi

Ok dah membongkang kekenyangan dah memasing.. Alhamdulillah.. Lega kan.. Anak kenyang, ibu bahagia.. Kalau anak lapar sokmo rasa macam diri ni tak berguna T____T 




Tuesday, 15 September 2015

7 fakta menarik tentabg ESP

Harini kita main no 7 je ye.. Hahha mentang2 mama suka seven.. Nasiblah kau nak! Asal fakta je 7.. Tak lebih tak kurang... Lagipun tulih banyak2 panjang2 pon bukan korang baca semua kan.. Hikhik fitnah la pulak ^^



1. Esp boleh jadikan korang awet muda (semestinya kena rujuk gambau diatas^^).. Bagaimana? Dengan kandungan Asid Amino dalam nya amat penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain2..<<<--- ambil secara konsisten dan kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk hormon! Sebabnya kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya sama dengan hormon wanita. Ianya membantu mencegah risiko osteoporosis, merendahkan paras kolestrol dan sakit jantung.

3. BAik untuk prostat! Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.

4. Bagus untuk kulit remaja! Esp meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga! Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, cegah migrain, insomnia dan tekanan.

6. Membaiki pigmentasi! Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, kedutan dan kesan2 penuaan.

7. Membaiki memori! Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

Bestkan? Semua mantop! Dalam satu tong tu.. Macam2 kesannya..

Cuba se tong baru tau naa

Bulan ni promo..

Beli 6 percuma 1

Beli 2 5% diskaun!

Tele/WA NOW

Sakila
010.294.1344

7 fakta menarik tentang mata!

Haiii... Dari kerana mata... Yang mempunyai kuasaaaa...

Hahaha

Korang tau tak? Dalam banyak2 anggota badan pancaindera yang Allah anugerahkan... Mama paling suka mataaaa..

Hehee

Daya tarikan utama adalah mata!

Kalau takde lipstik ka bedak ka...eyeshadow ka (langsung tak pakai) mama tak kesah tapi kalau takde celak rasa macam pucat & togel sangat..

Mata punya pasal^_^


Ok jom tengok 7 fakta menarik tentang mata..

1. Kita sebenarnya bukan melihat dengan MATA!!!.Kita melihat dengan otak, manakala mata berfungsi sebagai kamera yang menangkap cahaya dan mengirim data kembali ke otak.

2. Buta warna lebih sering terjadi kepada lelaki.

3. Mata adalah organ kedua yang paling kompleks setelah otak.

4. Warna mata ditentukan oleh jumlah melanin dalam jaringan iris.

5. Kornea adalah satu-satunya jaringan dalam tubuh manusia yang tidak mengandungi pembuluh darah.

6. Mata dapat memproses 36,000 potongan informasi dalam satu jam sahaja. 

Dannnnnn..,,

7. Warna mata yang paling um di dunia adalah COKLAT! ^^

Hah... Check kaler mata masing2... Majoriti cekelat katanya.. Hihih

Tq for reading:)))