Thursday, 30 October 2014

Dina ke Dini ?

Assalamualaikum,
Dini kiri Dina kanan

Hi there,.........

Rasa nak cerita santai pulak tiba-tiba..mujur tajuk blog dah mention 'story about my life' jadi this is my life..kikikiiii

Kisahnya kelakar jugak ni.. hari ni kami suami isteri boleh pulak bertekak (gaduh manja hokay) pasal si kembar kami. Ok, suami dukung Dini (favourite dia Dini ni sebab pagi-pagi Dini akan duduk baby seat sebab dia tak banyak ragam tak kisah kereta berhenti ke ape). Saya pulak dukung Dina. Ini skripnya waktu dah turun dan nak masuk ke kereta :

Suami : Letak Dini kat depan (arahan)

Isteri : Letaklah..kan baba dukung Dini tu..

Suami : Dina lah ni..ngan awak tu Dini (dengan konfiden nya)

Isteri : Dina lah ngan mama ni..nampak tak seluar nya ni kan dia berak semalam dah tukar seluar lain.

Suami : Ya Allah...ini Dina..ngan saya ni..

Isteri : Astaghfirullah..tak caya betul baba die ni

Suami : Hah..check gigi tengok

Isteri : (malas nak check gigi sebab saya yakin saya dukung Dina, sebab seluar nya :))

Suami : (akur..letak Dini di depan)

Isteri : (dalam diam selak gigi, tengok atas 2 batang..yes, tidak syak lagi ini Dina)


hahahha..macam tu sekali kan?memang rasa lucu sangat..tapi masing-masing tak gelak pun sebab dah selalu jadi perkara-perkara macam ni. Dini gigi atas sebatang je baru..kihkihkih..kembar ni seiras sangat sampai cikgu kat taska suruh beli gelang untuk bezakan diorang. Bayangkanlah mak pak nye pun boleh konfius. Tapi i salahkan suasana tadi agak gelap maklumla subuh-subuh hari keluar kan..hahhaa

Ok thank you for reading this..