Wednesday, 29 October 2014

Seronoknya Bekerja

Assalamualaikum,

Hi there..



Ok baru masuk ofis ni. Lagi setengah nak ke pukul 8.00. Saya ada masa sikit nak stori mori apa yang best nya kursus semalam. Alamak kena taip pantas-pantas la nampaknya. Harapnya tak banyak typo..haha

Semalam saya hadiri kursus tajuknya 'Pengukuhan Kerja Berpasukan'. Speaker nya memang terbaik banyak pengalaman. Teori sambil praktikal jadi memang tak sempat nak salin nota. Saya kongsikan apa yang saya ingat ye, harap bermanfaat pada semua orang. Eh sebenarnya ada disediakan nota untuk semua orang tapi bagus jugak speaker tak gunakan nota tu sebab nya baca teori memang ngantuk kan. Dah mencecah umur 30-an ni memang kalau duduk dewan yang selesa, kerusinya empuk, aircond nya mendamaikan, lampu nya malap-malap.ohhhhhh memang ta ya da la kalau speaker cakap beralun ikut buku semata kan..:)

Ok tak payah merapu lagi..meh sini saya kongsikan.

Kita semua pastinya kerja berpasukan kan?Tak kira lah kerja sendiri atau makan gaji atau tak kerja langsung pun (adeke?) Definisi berpasukan bukanlah untuk pekerjaan sahaja sebenarnya tapi dalam institusi kekeluargaan, jiran tetangga dan masyarakat. Yang paling dekat dengan diri kita pastinya kita dan suami/isteri/anak-anak. Andainya hubungan kita tiada sepakat, memang boleh hancur sesebuah institusi itu. Memang nak tak nak, kita akan berhubung dengan manusia, betul?Manusia pula bermacam ragam, kalau kita tak boleh atasi sesetengah sikap manusia yang menjengkelkan atau kita sebenarnya yang menjengkelkan, haru la jawabnya. Dari situ lah boleh timbulnya stress. Wah dah banyak kali saya hadiri kursus yang pastinya akan sentuh bab stress. Rasa nya saya dah lulus cemerlang dalam bab ni hihii

Langkah pertama andainya kita mahu merasai hubungan yang 'warm' atau 'friendly' dengan seseorang,
  • bila bercakap pandanglah ke dalam matanya tapi tidak melebihi 3 minit. Agak lama kalau kita kira masa tapi bila bersembang takkan perasan pun masa berlalu kan. Tips nya jangan pandang terus melebihi 3 minit. Bila agak-agak dah sampai 3 minit, pandang ke tempat lain seketika dan boleh pandang matanya semula. Kenapa? Kajian mengatakan kalau kita bertentang mata dengan seseorang melebihi 3 minit, akan timbul perasaan lain atau fikiran kita akan menerawang. Which is, not good kan? Cuba buat. Ada orang segan kan cakap pandang mata. Dan bukan semua orang pun boleh buat macam tu. Disinilah, keyakinan diri kita diuji. Bagus diamalkan bagi mereka yang bekerja di front liner, customer services atau yang berjumpa pesakit hari-hari kerana cara ini menunjukkan kita betul-betul 'concern' dengan siapa kita bercakap dan orang yang bercakap dengan kita pun pasti berbunga-bunga hatinya :) Hmmm adakah dari sini timbulnya kata 'dari mata turun ke hati?'..
  • bila bersalaman (sesama muhrim, semestinya) jari tengah kita menekan nadi orang yang kita salam tu.haa berani?ada macam 'shock' sikit kalau anda cuba buat. Tapi itulah salam yang elok..boleh mencetuskan aura positif sesama kita. Kalau bersalaman dengan suami atau anak-anak, digalakkan cium tangannya. Cium yang betul-betul siap ada bunyi kalau boleh. Kan budak-budak sekarang kalau salam kadang tu main tala je kat dahi..kena terapkan mereka dengan salam betul-betul camni.
  • kena SENYUM!! siapa jenis kedekut senyuman memang tak boleh nak rasai hebatnya kuasa teamwork ni..ok saya nak ajar cara senyum yang betul.cuba sebut satuuuuuuuuuuu..ok mulut jadi muncung kan?itu yang paling orang tak suka dan pastinya kita pun tak suka tengok muka orang muncung-muncung kan? Boleh sangkut 'hanger' kate nya. Tak bagus.
    senyum satuuuuuuu (carian google)

    senyuman terbaik (carian google)
    senyuman ape ni?auta ehhhhhhh hihiii (carian google)

    Cuba sebut duaaaaaaaa...ok macam senyum kelat kan? Dibuat-buat dan auta sungguh senyuman itu. Ok senyuman terbaik macam mana? Ramai-ramai sebut tigaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..hah panjang ko..tengok cermin macam mana mulut masing-masing? Senyum sampai ke telinga kan?hah?tak ke?Cuba sebut betul-betul..kuat-kuat..panjang-panjang..penuh perasaan..baru berhasil. 
  • Ok selamat senyum no.3 semua yer..senyum camni hari-hari sejuk mata memandang jual shaklee pun laris. Ewah (PM Cery pun selalu suruh senyum kan?)
  • salam tadi tu kan perlu diikuti dengan sentuhan. 3 jari urut bahu sampai ke lengan sikit. Pernah nampak tak kelakuan camtu. haa sebab tak boleh nak tunjuk praktikal dalam ni. masa kursus memang kitorang berpasangan praktikkan semua ni. memangla segan weh bukan kenal pun semua orang dalam dewan tu nak kena gosok-gosok bahu pulak cekau-cekau nadi nya pulak..itu yang riuh satu dewan..ihihi ada, saya ada perasan orang jenis gosok macam tu memang terasa janggal kalau tak biasa tapi bila dah alami nya rasa macam 'secure'.macam dekat dengan orang tu..lagi mudah nak bekerjasama kan?
  • salam berlaga pipi dada rapat ke dada?perempuan sama perempuan ok la kan..tapi lelaki sama lelaki?pun biasa lah kan. Keluarga suami saya jenis macam tu tapi takla semua. Suami saya bukan jenis macam tu dia pun penyegan tapi kalau berkumpul kaum kerabat dia boleh nampkla kemesraan tu, cium pipi kiri kanan dada rapat ke dada. Kalau tengok orang Arab, biasa diorang berpelukan cium pipi semua kan.
Ada main 'game' jugak semalam. Seronok kalau main dengan anak-anak tau..hahahha moral of the game tu kita sememangnya sama penting antara satu sama lain. Kalau dalam organisasi tu tak kira lah kita siapa, apa pangkat kita, kena hormat sesama kita. Tukang sapu pun penting dan ada nilai dalam organisasi. 

Antara tips lain untuk kekalkan momentum diri supaya sentiasa bersemangat :
  • 3T (Teknik Tepuk Tangan) Camne nak demo ni ek..hahaaa alah semua orang tahu tepuk tangan camne kan..tepuk kuat-kuat sambil sebut perkara baik-baik tentang apa yang kita nak. Apa saja. Contoh; duit banyak!!!!duit banyak!!!duit berkepukkk!!! sambil fokus, sebut dengan kuat..rupanya getaran tangan akan mengalirkan kuasa pada minda kita dan menarik perkara yang kita sebut itu menjadi nyata. Saya tak tahu nak jelaskan camane konsep ini terjadi tapi bagi yang dah biasa belajar konsep Law Of Attraction, pasti faham maksud saya. Ini juga dikenali sebagai 'affirmation' . Dalam poket je semua ni kan.
  • Kita mesti bersemangat waja hari-hari bangun je tidur menyanyi-nyanyi masuk bilik air mandi dengan ceria..hahaa ada ke yang macam ni gaya pergi kerja?memang kelakar la speaker ni siap nyanyi-nyanyi. Dia kata jangan nyanyi lagu-lagu sedih sudahla, hancus nanti satu hari tu sebab mood pagi menentukan keseluruhan hari anda, betul?
  • Kena sentiasa bersyukur kerana secara fizikal diri kita dilengkapi dengan; telinga yang ada 24,000 saraf, 500 jenis otot, 200 jenis tulang, mata dengan 100 juta reseptor, 7 batu urat saraf, 60,000 batu saluran darah, jantung mengepam 1,600 gelen darah sehari, minda yang mampu berfikir 800 perkataan seminit. Woww hebatnya kita kan?Dengan kesyukuran NIKMAT yang dianggap kecil terasa besar, DUGAAN yang dianggap besar terasa kecil.



Itulah antara yang dapat saya kutip semalam. Siap ada video senaman hebat, dapat kekalkan tenaga selama 5 jam dengan senaman hanya 15 minit. Nak tengok tak?
Whatsapp saya di 0122570028 nanti saya hantar video. Agak 'private' untuk di publish disini kan.
Ok..

Thank you for reading this. Moga bermanfaat.