Thursday, 23 October 2014

Susu Merudum !!!

Assalamualaikum..

Hi there,...



Sedih nya kalau kuantiti susu merudum dum dum kan. Yang sedihnya dah tahu apa punca tapi macam buat-buat tak tahu..alahaiiiiiiiiii..camne ni mommies sekalian? Susu saya merudum la..tengok tu nak ke paras 8 pun macam segan-segan kan..Biasanya satu sesi saya boleh dapat dalam 10 ke 12oz. Antara punca yang saya dah kenal pasti :
  • Kurang minum air (tak sampai 2 liter). Saya kerja dalam air-cond yang mana suhu nya boleh tahan boleh buat selsema dan sakit-sakit badan kalau tak biasa. Jadi memang satu cabaran jugaklah nak minum banyak-banyak kan..Asyik nak terkucil je jawabnya..(alasan)
  • Tidak konsisten. Sesi mengepam saya sehari 2x. Sesi pertama jam 11.00 pagi kedua jam 3.00 petang. Ini jadual sendiri bikin jadi sendiri suka-suka lah langgar. Padahnya susu semakin lama semakin segan nak keluar. Sepatutnya kan kena konsisten kalau kata jam 11.00 tu, macam mana sibuk pun kena jugak angkat 'vontot' mungil ni ke bilik kebal (ya, saya pinjam bilik kebal letak spare part pam saya sebab nak jimat masa).
  • Skip suplemen. Suka suki je kan kejap telan alfalfa, kejap tak. Kejap minum ESP kejap tak. B Complex, Vitamin C, Vitalea, Ostematrix, tu semua suplemen hebat yang menyumbang pada kehebatan susu ibu. Kan nama nya pun milk booster. Dah tahu, kenapa tak istiqomah? Saja carik nahas kan?
Ok tu jelah nak mengadu domba ngan uols semua..sedih tau..tapi saya akan tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi (macam pernah dengar tak?)..nanti saya kongsikan apa saya buat untuk banyakkan semula susu ku yang dah kecundang itu.. 

Kalau mommies ada tips, sila la komen ye. Sangat dialu-alu kan.