Saturday, 22 November 2014

Mama masak ape?

Assalamualaikum

Selamat hari sabtu..banyak aktiviti mommies semua hari minggu ni kan..takyah cerita lah yang tangan sotong berselirat nak buat macam2 tu memang tak best..hahahha mari kita anggap hari minggu adalah day off..taknak terkejar2 macam hari biasa..nak rilek2 duk saja makan2 tapau ke tak payah bertungkus lumus sangat (padahal aku hari2 tapau) :)

sebilangan kawan saya ada  yang tahu saya jenis tak masak. Errk??? What kind of women is this? Perempuan kan di sinonimkan sebagai pandai masak..pandai jahit, pandai mengemas, pandai itu ini...entahlah..saya bukan jenis masak..tak tahu nak explain macam mana dah..mungkin sebab masa zaman bujang dulu tak rajin nak ke dapur jadinya bila dah beranak 4 ni pun minat tu takde..orang kata dah kawin esok macam mana pun pandai lah masak..belajar sendiri je..takkan nak biar anak laki berlapar dan sampai bila nak menapau..haaa tulah..saya dapat suami yang tak makan nasik..tak makan segala jenis lauk pauk, segala jenis mee, segala jenis pasta ke..laaagilah aku tak teringin masak kan..hehee aaalasan sangat kan tapi itu yang takde motif rasanya nak masak bukankah kita teruja nak masak sebab nak hidangkan pada suami..wahhh gitu..tapi makanan suami i terror la masak..goreng2 je..celup2 telur je..yang tak khatam2 lagi sampai sekarang pegedil ngan murtabak..hahahha pernah buat tapi leceh kan takes time so i masak simple2 je untuk dia..see...masak jugak sebenarnya cuma saya tak reti masak makanan kita..masak lemak cili padi ,asam pedas, kari, masak tempoyak? Uihh macam2 lauk kita kan saya suka semua jenis lauk tapi jangan suruh masak..

Honestly saya masih tak kenal ikan-ikan dipasaran..halia dan lengkuas masih nampak mengelirukan..saya tak pernah perah santan sepanjang 31 tahun hidup ni..siang ikan masih lagi hancur ikan tu aku kerjakan..tapi saya baru tahu cara potong seekor ayam dengan senang dan betul..hasil suka tengok foodnetwork cooking channel..wah boleh gitu tetiba nak tahu potong ayam pulak dah masak memasak taknak pulak. hmmm gitulah lebih kurang..saya biasa masak simple untuk anak biasanya sup2 daging, ayam atau sayur. paling hebak nasik goreng..bihun ke mi goreng ke belum kot..hahaaa oih teruk kan bunyik nya..ada hikmah jugak disebalik suami tak pandang lauk2 ni kan..takla kantoi sangat tak hebat memasak..tapi saya selalu je berangan akan masak macam2..suatu hari nanti....yeahhhhhhhhhhhhhh

ohye selain itu, saya takde periuk belanga utnuk masak..dapur saya kecik tak boleh beli semua tu lagi..gagagag ok stop it!!! alasan bagai nak rak..nama pun alasan kan, mintak senaraikan 1000 pun boleh kan..janji nak ngan tak je kan..ok saya taknak masak.!!!! 

babai sayam semua..kalau masak nak lauk sket :)