Wednesday, 12 November 2014

Supermom ke?

Assalamualaikum...

Hi there....

Apa khabar semua orang?mama sihat je..tapi batuk sikit masa bukak blog ni pasai dah berhabuk bersawang sangat kan..aduhai..mama kat rumah ni menghabiskan sisa-sisa cuti separuh gaji yang tinggal lagi 2 hari..tu pasal payah nau nak ngap date belog nye..wah alasan disitu..ok mama sihat alhamdulillah dan maintain cantik juga..yarkkkkk

Macam seronok membahasakan diri sebagai mama pada kalian semua?adakah anda semua anak-anak saya?hahahha takpe blog ni mungkin akan dibaca oleh anak- anak mama kelak bila mereka dah besar jadi nya tak salah kan gunakan ganti nama mama..rasa bersifat keibuan gitu..hihiii eh tak payah nak explain sangatla ini kan blog iols sukahati iols la kan???
Ok dikala ini, si kembar mama duk bergayut di paha kanan dan kiri mama kejap merengek kejap tolak menolak sesama sendiri..yelah tecik-tecik dah pandai berdengki ke ape..hmmm biarlah mama nekad nak menaip jugak sekarang ni..janji diorang tak tergolek dot dan tercedera sudah..sebenarnya ni waktu tidur diorang..ahhhh wait a second lah..mama nak hap date jugekkk...mama dah insaf..blog dah sunyi sangat ni..mana boleh, mama kamu baru nak mengecap glamer..kikikiiii well guna tab ni..taktau camne jadi ke tak ek..kalau nak bukak laptop, bercinta lagi lah jawap nya sebab mama tak pandai la pakai wifi link tu..annoying sungguh..kita dahlah jenis kasar..wah alasan lagi disituuu..
Cukup-cukuplah ceritakan rungutan dak kerumitan..teruskan pada perkara pokok boleh tak?apa perkaranya harini?

SUPERMOM KE??????

Sebelum tu mama nak tabik spring, salute dengan penuh penghormatan pada semua yang bergelar suri rumah..hampir 2 minggu kat rumah, mama banyak menganalisa..wah analisa ke?ke banyak tidur? Sebelum ni mama pernah dah duk rumah jaga DinaDini 6 bulan dari lepas bersalin..mase tulah macam-macam dilema..penat nak cerita..korang pun tak teringin nak tahu kan..kalau nak tahu jangan segan-segan mama boleh ceritakan..

Dari malam tadi Amani cakap harini dia tak sekolah..mama tak caya selagi takde surat hitam putih dari sekolah. Gitulah kita tipikal mama di dunia kan, bukan tak caya cakap anak..budak-budak kan suci murni mana pandai menipu kan cuma nya takut dia salah faham je cikgu cakap lain dia tafsirkan lain tu yang mama tak caya..tapi bila dia beriya sampaikan bangun pagi pun tak bersemangat..mama terus call mama Ina, pengasuh dia..

'Kak Ina betul ke Amani cakap harini diorang tak sekolah?'

'Sekolah tu memangla sekolah kila..tapi cikgu kata taknak datang pun takpelah sebab semalam konvo habis lewat kesian budak-budak penat jadi cikgu bagi pelepasan kalau nak cuti harini..si Zaim ngan Tikah pun tak pegi..'

'Ohh..ok...dia ngaji gak harini kak?'

'Ngaji...tu akak ingat nak hantar mengaji awal sikit lah alang-alang diorang tak sekolah ni..tapi nak call ustazah dulu tanya, tak boleh main serbu je takut ustazah ada hal..papehal akak call kila'

Well tak sempat tunggu mama Ina call balik pun, mama Kila nye ni dah suruh baba dia hantar jugak pukul 8 pagi tu ke rumah mama Ina..

SUPERMOM KE????

Ya, diakui bahawa mama tak mampu nak handle..walaupun ada kat rumah, mama tak mampu nak hantar Amani pergi sekolah pastu hantar pergi mengaji pulak siapkan makan tengahari lagi..si kembar ni betul tie me up 200%..eh sebagai ibu boleh ke merungut?please lah..disiplin kan diri sendiri sejajar dengan penambahan anak dan umur..haha eh tapi memang hanya orang yang ada anak kembar je tahu macam mana kelam kelibutnya hidup lagi-lagi kalau seorang diri takde pembantu..yelah kalau sorang kita boleh kelek kulu kilir tapi kalau dua camane?nak hangkut stroller pun bercinta tau..tetttttttttt alasan again!!!

Itu sebab, mama memang sehabis respek pada anda yang suri rumah sepenuh masa..tak tahulah nak kata..pukul berapa korang bangun?yelah seawal subuh..pastu tak tidur baliklah kan..macam haku nih..curik-curik tidur..bolehhh?Fail dah kat situ..
Ok lepas bangun tidur anda surirumah yang hebakkk ni buat ape?terus masak la ye?basuh baju?kemas rumah, blablablabla..kerja tak pernah habis kan..ya..itu petanda anda success..
Aduhai sakit hati nye tadi mama dah taip banyaaaaaak kot? Mane pegi???ada limit words boleh taip ke kat tab nih??adoiii hilang dah idea tadi..hmmm macam tergantung ayat camtu kan..dahlah siap ter tekan butang publish pulak tu..memangla tak best guna engkau wahai tab..hukhukhuk..

Papepun mama nak tegaskan disini..mama dah dapat ilham dah..sekarang bukan masanya untuk mama jadi surirumah sepenuh masa..mama bukan ibu yang terbaik untuk anak-anak..mama kena lakukan PERUBAHAN besar dulu dalam hidup ni..jadi yang terbaik dulu..

Alahai bengang nih...ayat tadi mane wehhh?penat tau..
Nanti la mama godek-godek lagi yer..DinaDini dah tidur ni mama nak gi speed up...basuh pinggan laju-laju..yang masak-masak tadi dapurnya belum clear, tahu?duk bersilang kaki layan tab nih karang ape pun tak jadi..
Babai...sayang korang semua :)
semek takduk diam dua orang nih