Friday, 12 December 2014

5 Sebab Kenapa Shaklee

Assalamualaikum







  1. Produk. Kekuatan Shaklee adalah produknya. Bisnes memang macam tulah sebenarnya kan. Kalau ada bisnes yang berbunyi 'joinla kami, tak perlu jual barang. nanti daftar ahli mesti dapat barang tapi tak nak pakai pun takpe. taknak jual pun takpe. nak simpan je pun takpe.' well something fishy lah kan..hanyir bau nya..macam mana pulak meniaga tak payah jual barang habis tu jual apa?jual servis?online bisnes...mesti jual sesuatu..baru tahu untung tu dari mana. Untung atas angin tu bahaya. Untung dari bonus tersembunyi (tak tahu dari mana hujung pangkal) pun bahaya. Saya sangat menyakini produk Shaklee. 
  2. Pelan Pemasaran. Saya belum arif soal ini tetapi yang saya nampak pemberian bonus sangatlah adil dan tiada istilah head hunting, sistem piramid (istilah yang biasa terjadi dalam MLM lain). Saya tak pernah rasa terdesak nak recruit ahli baru dibawah saya kerana UPLINE saya tak pernah menggesa begitu dan tiada agenda 2 orang cari 2 orang cari lagi 2 orang cari lagi 2 orang pula. Ya memang betul jika grup makin besar kita lagi cepat naik tetapi itu bukan keutamaan dan ada caranya untuk ke arah itu. 
  3. Ketua. Saya suka Shaklee kerana kebanyakan ketua adalah wanita..yeaaahaaa bukan anti gender lelaki tetapi rasa 'dekat' dengan kaum hawa yang berjaya dalam bidang perniagaan ini tambahan lagi mereka kebanyakan nya surirumah sepenuh masa. Demi Allah saya menghormati usaha penat lelah mereka dan tanpa segan silu saya akan ikut jejak langkah mereka.
  4. Amalan Rohani. Tiada syarikat MLM lain (setahu saya) yang sentiasa menyeru ahli nya mendekatkan diri dengan NYA dengan amalan-amalan menjemput rezeki. Maaf kalau anda tahu ada ada ahli dari syarikat lain yang bersifat begini tetapi saya mula tahu tentang 'mudahnya menjemput rezeki' sejak saya kenal Shaklee. Apa lagi yang kita mahu selain rezeki yang berkat dan penyerahan diri kepadaNYA dalam semua keadaan samada senang mahupun susah, bukan?
  5. Bisnes Alam Maya. Ya walaupun alam maya, sebolehnya jika ada apa-apa perjumpaan penting atau kelas saya akan cuba hadiri tetapi isunya disini kelasnya bukanlah sampai ke tengah malam sehingga mengganggu urusan kita seharian. Dan yang saya suka keluarga Shaklee sangat mementingkan anak-anak walaupun sibuk berbisnes tetapi masing-masing tidak segan kelek anak ke sana ke mari (boleh tengok dalam setiap gambar, pasti anak-anak ada sahaja berkeliaran). Beza sungguh dengan MLM yang lain yang agak ketat tidak membenarkan anak-anak mengganggu perjumpaan juta-juta (kononnya) dan pakaian harusla 'smart' untuk tidak malu dengan hadirin yang lain.
Itu yang saya boleh hurai buat masa ini.


Kalau anda kenal saya anda akan tahu bahawa saya adalah antara makhluk yang faham benar tentang bisnes Multi Level Marketing a.k.a MLM. Pendek kata macam diri ini gila nak jadi jutawan lah bahasa kasarnya. Mungkin kawan-kawan pernah gelakkan saya dibelakang dek kerana cita-cita menggunung yang tak setimpal dengan usaha ini. Kelakar ke nak jadi jutawan?Ya kelakar sebab usaha tak menjurus ke arah itu.

Dalam kebanyakan bisnes MLM yang saya tahu, bisnes terakhir yang saya join amat memberi kesan dalam hidup saya kerana dari situ saya bagaikan jatuh terduduk sebab melibatkan sejumlah duit yang agak banyak juga. Memangla tak sampai puluhan ribu tetapi kita bukan orang berduit kan, bila modal yang sedikit lebur begitu sahaja memang terasa mahu maki sahaja Pengasas MLM tersebut. Macam kena sihir diwaktu itu sebab tak nampak betapa liciknya dia menipu. Terang-terang bonus yang kita dapat adalah hasil dari merekrut ahli baru. Bukan sebab kita telah mencapai sekian-sekian target. 

Sekian bicara petang dari saya =)

Nak join?

Contact Kila 0122570028