Friday, 19 December 2014

7 Tahun Sudah

Assalamualaikum

Esok 20 Disember 2014 maka genaplah 7 tahun perkahwinan ku dan si mulap Mohd Shahrani Bin Kamal Ariffin. Woww.. Kami dah hampir memasuki fasa ke 2 nampaknya. Camne kami harungi hari hari yang penuh berliku ni agaknya ya. Perkahwinan tiada yang mudah kan? Memetik kata-kata mak mertua saya, Marriage is like a gamble. If you're lucky you'll get the almost-perfect-man, but if you not, Don't give up.. Do the best as you can..Allah will do the rest. Ya myMIL terror speaking weh iols pun kalah..=)

Macam biasa kitorang bukan beriya celebrate apa-apa. Tapi tarikh tak pernah lupa baik birthday anak ke apa ke tak pernah beliau lupa cuma sambutan tu tak kisah sangat. Takdelah berbulan bulan plan itu ini ke kan.. Saya suka buat suprise untuk dia.banyak kali juga masa birthday dia. Cuma dah beranak pinak ni banyak kekangan pulak tapi tahun ni kawan-kawan ada tolong jayakan suprise party untuk dia.

Patutlah banyak orang kata dan artikel pun banyak menulis untuk kekalkan perasaan kasih sayang antara suami isteri ni kena sentiasa ada perasaan intim antara satu sama lain. Cabaran sungguh kalau anak ramai (lebih dari 2, kurang dari 5 contoh anak ramai zaman sekarang takde ku dengar kawan ku anak 7). Ya memang mencabar. Lagi-lagi macam saya jenis stress sokmo kat rumah memang susah nak berintiman nih. Eh jangan salah faham tau bukan intim yang 'itu' je maksudnya manja-manja ayam je baring-baring sambil tengok tv ke pegang-pegang tangan sambil makan ke senyum-senyum sambil sembang, cium pipi sikit sebelum tidur ke (pipi jelah kan anak-anak tengok tu)..

Saya tahu ada orang memang dah jadi kebiasaan pun perkara-perkara camtu tak payah nak google 'cara mengekalkan keintiman setelah 10 tahun kahwin' sangatlah kan. Memang jadi rutin berkasih sayang dengan suami dia. Jaga makan minum pakai semua tu. Pakaikan suami stokin nak pergi kerja (what??) Ya saya ada dengar benda ni dan saya respek pada wanita itu. Rasa nak menuntut pun ada ilmu hebat camtu. Hihii dan-dan nak menuntut. Apa susahnya pakaikan jelah kan.. Kot sempat ko nak buat semua tu.

Saya taknak jadikan punca anak ramai jadi takde masa nak layan suami bagaikan raja atau soltan. Sebab kalau nak seribu daya kan. Bangun la kul 4 pagi weh. Macam-macam boleh settle kalau bangun awal. Nak bermunajat pun boleh sangat. Eh tak boleh anak kembo aku malam-malam bergilir minta susu, kau apa tahu kau takde anak kembo. Yelah tu.

Mujurlah si mulap ku a.k.a bigboh yang kusayangi itu tidak cerewat dan tidak membebel jika kerja rumah banyak yang tak siap dan tiada kesudahan. Ngohngeh

Tak bolehla puji laki banyak-banyak dalam blog ni ko dah kenapa nak cerita hal dalam kain. Eh belum dalam kain pun luaran je ni jangan nak fitnah boleh tak. 

Berbalik pada intim tadi tu, saya ambil langkah bermesraan di tempat kerja. Mujur gak satu tempat kerja. Bermesraan bagaimana tu? Nak kena cekup ke.. 

Sebolehnya saya cari masa untuk makan bersama. Tapi cik abam ni bukan senang nak ajak lunch or breakfast sama alkmaklum dia kan kerja outdoor bukan duk ofis. Itu jelah. Macam teruk sangat kan, kat rumah pun dah tak boleh makan sama dengan tenang kot. Dah tak boleh nak pandang mata nak sembang-sembang tentang hidup dan masa depan. Vahhh

Pergi kerja dahla asing-asing. Kalau naik kereta hantar anak pergi taska pun, tak boleh duk seat depan dah sambil-sambil gentel tangan ke apa kan macam zaman takde anak dulu. Kalau naik motor sekali syoklah leh peluk ketat-ketat tapi sejak dah ada 2 motor ni dah lama la kami tak berdua-duaan atas motor. Waktu kerja dah tak sama pulak tu tak boleh pergi balik sama. Haissss makin renggang rasa tau. Bila dia balik kerja kita dah terlentok tidurkan si kembo. 

Bahaya niiiiii.. Suami tak makan dari air tangan isteri..hasil cedukkan isteri..kalau makan burger nak cedok gane eh. Bancuhkan air kegemaran beliau pun ok kan. Sejujurnya saya nak kabo..eh ini bukan hal dalam kain ya saya tekankan lagi sekali  (pakai paku tekan lak kalini) ini sharing kisah, faham? Kot ada yang mengalami rasa yang saya alami ni. Kut ada tips, buh la dalam komen bawah tu =)

Ok sejujurnya saya sayang suami saya...ewaaahhh hoii ingat ko sorang ada laki ke? 

Taklah..

Saya rasa perasaan saya terhadap suami berbeza waktu dirumah ngan diluar rumah. Kalau kat rumah, saya selalu stress. Memang hebat dugaan anak kembar ni oiiiiii tak kena gaya memang nak gaduh je keje nya. Bilalah aku nak jadi ibu mithali. Kesian dia. Bila kat luar,berdua ngan dia saya jadi diri saya yang dulu yang buat dia jatuh cinta tu (ehem). Senyum, ceria boleh melawak sakan. Aku ni makhluk paling kelakar, tahu? hahahha

Ya. Itu saya yang sebenarnya. Tapi sifat girang itu tak boleh keluar waktu kat rumah. Entah kenapa. Dikelilingi anak-anak kecil dengan rumah bersepah dan bebanan kerja yang tak pernah habis memang buat kau penasaran. 

Anniversary tahun bila ntah masa tu 2 tahun lepas kot, kami pergi makan-makan tengok wayang berdua..syoookk oohh.. ada orang jaga kan anak masa tu. Bestnya kalau ada yang volunteer jaga kan anak aku nak ajak si mulap tengok 'Manisnya Cinta di Cappadocia' tuh haahaaa jarang aku teringin nak tengok movie melayu ni gara-gara astro tayang teaser aritu macam best pulak.. i like fazura, sam & lisa surihani :)

Happy 7th Anniversary To Us :)



belanja gambo muda mudi sekeping dua (ooopppp jangan kata mcm siti nurhaliza eh..kite tau doh..kehkehkeh)


bila lagi nak pandang memandang camni lagi agoknye ye..


 nilah si mulap saya..low profile orangnya..makhluk paling simple..tak suka bergambo. tak suka macam-macam..tak macam bini dia :)

*adakah ini entry membodek beliau?