Wednesday, 17 December 2014

Apa Punca Jalan Jammed?

Assalamualaikum

Percaya tak kalau saya katakan punca jalan jammed adalah Sikap Manusia. Ya. Setiap hari saya amati benda ni. Yakni sikap manusia termasuk saya sendiri mungkin. Tidak sabar, tak pandai beratur, nak laju saja, nak cepat, gopoh, gengster dan sebagainya. Kenapa gopoh? Dah tahu masuk kerja pukul 8.00, pukul 9.00, pukul 7.00 sekalipun kenapa bangun lewat? Yelah bangun lewat lah tu kan. Lepas tu tergesa-gesa la kejar masa. Mulalah potong barisan. Tambah lane sesuka hati. Itu yang jadi sesak. Highway 3 lane, bila pagi confirm jadi 4 lane. Melimpah-limpah motor kereta berlumba-lumba mencocok-cocok. Silap cocok, menyondol..mulalah gengster keluar.. dengan perasaan membara. Tekanan fikirkan punch card mesti merah itu yang tangan ringan je nak tumbuk orang lain. 

Bab tak reti beratur paling saya bengang.. Saya bawak motor je. Jalan ke tempat kerja memang mencabar tahap pergi mendaki gunung everest. Kiri kanan motor kereta lori bersemak samun eh silap bersesak-sesak. Jalan motor under construction. Kalau tak under construction pun bahaya jugak. Kena rembat dari belakang kalau ko lambat. Jalan sempit je. Silap langkah boleh tergolek anytime. Hanya Allah yang lindung kita semua kerana bahaya itu sentiasa wujud tak kira bawak motor ke kereta ke. Ok bab beratur tu, kenapa kalau orang lain boleh slowwwww tunggu turn nak masuk simpang berliku (kat Midvalley tu) tapi mesti ada makhluk hangguk yang macam dia sorang je nak balik rumah nak cepat nak tunjuk samseng? Memang nak menyumpah je rasa kan. Dahla potong barisan, boleh suka hati nak sondol orang.. Aiseh..saya ni kut ye pun perempuan kan ingat takde sifat samseng ke..hahahahahaha paling ganas aku geleng kepala je janji dia nampak (dari side mirror) bahawasanya aku tak puas hati. 

Kalau macam gini gaya sikap kita, ko bina lah highway 7 lane ke, highway atas udara sekalipun rasanya masalah jammed tak kan hilang ditelan zaman kut. Kalau kat KL ni tak tahulah bila nya tak jammed. Cuti sekolah jelah jalan lengang sikit dalam 20% je kut lengang nye pun. Kalau Selangor cuti ada lah rasa macam jalan itu aku yang ponyaaaaaa...sebab aku kerja area selangor tapi orang area KL merungut sakan lah sebab town jammed gila kerna serbu.

So what to do? 

Sikap manusia memang tak boleh nak diubah. Jalan berlobang bolehla kau turap kan. Tapi manusia yang rosak jiwanya camne? Ewah..rosak jiwa terus. Saya akan ambil langkah ubah diri sendiri jelah dulu. Bangun awal. So tak terkejar-kejar sangat. Boleh bawa motor rilek2 je. Eh tapi terkadang dah jadi habit bawak motor laju. Adakah aku perempit tegar? Omak aiii.. Memang berdesup tau kadang-kadang. Syok je layan. Sekali rasa macam terbang je..tengok-tengok meter cecah 110-120..amboi fatutla..yela time balik jalan ke Cheras tak berapa jammed, lepas dari Midcalley tu dah boleh pecut.. dalam kul 5.15 dah sampi rumah. Satgi bigboh sound 'amboi mamanye....

Kenangkan hari-hari ngadap jammed ni memang buat saya sokmo nak resign ondedot..on the sport maksudnya..haaa kan drastik tu..alahai sampai bila kan. Tu pasal la orang kata (akulah yang kata)..Duk KL hati kena cekal, hati kena kering..selera mesti tinggi..ewah takde kena mengena..pokoknya kena kuat semangat..berlumba-lumba dengan orang lain. Ntah apa yang dikejarkan pun tak tahu. Padahal rumah tak lari kan kat situ jugak. Kalau sabar sikit waktu memandu tu rasanya tak lari waktu nya pun lebih kurang je.

Please kawan-kawan..jaga diri ya. =)




belanja gambo motor yang banyak berjasa nih..hoheh inilah tunggangan hamba ke tempat kerja.