Tuesday, 9 December 2014

Dina Dini Berat Tak Naik?

Assalamualaikum

berdiri tegak..ohh ini gambar sebelum pandai jalan hokey..sekarang ni walker hanya lah sebagai alat mereka memanjat..Dini yang ada nasi dibibir tu ye ;)


Semalam checkup cikkembo ni..injection setahun punya. Well everything OK cuma berat diorang tak naik sangat..kalau ikut chart menurun sebab panjang (tinggi) menaik, berat nye biasa-biasa je. Dina naik 500gram only Dini 400gram..Uikkk?? kakak dah nak potong adik nampaknya..patut nampak Dina macam boolat seposen dari Dini..aissshhh walhal dari lahir Dini akan mendahului beratnya..apakah ini?apa komplot mereka?hewhewhew

Ok as a mama yang bekerja, tak jaga anak sendiri ofcourse perkara ini memberi impak besar dalam hidupku..wah gitu..kenapa ya?nurse kata kena kerapkan bagi susu dalam 3 jam sekali ke..aku terus telan air liur sebab maknanya disini mama kena kerah keringat perah sampai lebam tak payah buat kerja langsung kat ofis ke camne tu cikpuan nurse?haa macam nak tanya gitu..pelik jugakkan. Saya ingat bila anak dah makin besar dah pandai makan nasik biskut semua tu so takpe lah susu kurang kan..Well tak begitu nampaknya..hasil perahan mama OK je agak mencukupi dan memang kenyang ler kalau untuk seorang budak. Sekarang ni oleh kerana mereka berdua so mereka sharing is caring la susu nya..Tapi cukup je sebenarnya..Allah dah bagi rezeki banyak tu untuk diorang. Bagi mak yang menyusukan sepenuhnya harus berpegang teguh pada itu, OK?takde istilah susu tak cukup untuk kita sebagai ibu fully breasfeeding (kadang-kadang saya tak rasa saya fully BF sebab saya pam dan pengasuh yang panaskan susu itu,..sobsobsob..DirectFeeding is the real BreastFeeding actually).

Walaubagaimanapun (amboi macam bahasa surat sungguh no) sebagai insan biasa dan seorang ibu yang lemah, saya terdetik juga nak campurkan kembo dengan susu formula lepas kejadian berat tak berapa naik nih sebabnya kesian diorang kan kalau boleh siapa tak nak anaknya tembam dan bobot digilai ramai. Hati jahat ini menghasut ' bolehla ko rilek sikit kalau kembo minum susu lembu weh..ke susu kambing ke kalau tak sampai hati sangat susu lembu..lama lagi kot nak tunggu kembo 2 tahun..badan ko tu dah lemau tak cukup rehat langsung malam-malam menyusukan kiri kanan kiri kanan entah bila masa ko tidur, esok nak kerja pulak'...wah panjang pulak hasutan tu yer..padahal sah-sah kembo tak hingin pun susu formula bukan tak pernah cuba kan..si bijak itu refused sekeras-kerasnya..Ini pasti sebab mama nya dah niat nak menyusukan sepenuhnya so apa jadi pun niat harus dilaksanakan.

Segera saya tepis hasutan itu. Takde masalah pasal berat badan tu kan. Nurse takde pun kata merbahaya sebab diorang aktif, dah pandai jalan, perkembangan semua OK. Tip Top gituwww..hehehe harusla puji anak sendiri..anak orang pun kita puji anak sendiri apatah lagi..Jadi mama nya mengepam macam biasa taknak fikir dah nanti susu merudum kalau stress-stress. Nekad, menyusukan mereka hingga 2 tahun atau lebih ikut suka hati Dina Dini nak menyusu ngan mama sampai bila pun nak oiiii...janji dah masuk tadika stop lah yer..tak senonoh aihhhhhh..sekarang pun mama dah nyilu-nyilu seram menyusukan kamu yang bergigi kapak 2 masing-masing..hmmm how i miss them so much taip ni pun terbayang wajah diorang..semalam injection kat bahu..selak seposen..ngantuk tu sebenarnya..tak puas menyusu tiba-tiba dah dipanggil..mujur baba ada, Dina ke Dini ek baba pegang mama lupa dah..hohoiii

Lagi 3 bulan checkup kita tengok apa perkembangan diorang ye..pengasuh diorang yang very de sporting dan concern yang amat nih sangat tahu apa yang perlu dilakukan untuk naikkan berat Dina Dini kan dear, Anyss Farhana (dia baca blog i tau, dia silent reader i..ahahahahaha so harusla puji dia disini..:)) 

Kepada mommies diluar sana, saya rasa anda perasan jika anda menyusukan sepenuhnya anak anda, berat badan diorang takkan naik dengan boombastic nye kan..naik sikit-sikit je, memang tak montel sehebatnya tetapi bijaknya diorang tak dapat disangkal lagi kerana bukankah mereka mendapat susu terbaik di dunia ? ewah....habis tu anak orang minum susu formula camne?tak bijak ke..sedap mulut je ko kan? Maafkanlah saya...semua anak adalah harta yang berharga kan..No judging here..harap tiada yang terasa dengan statement good-good saya tu..tepuk dada tanya 'breast' lah..adakah larat nak ngepam?ngehngehngeh

Solusinya pada saya, makan makanan berkhasiat dan suplemen yang bagus untuk sampai kepada anak saya. Syukur sangat saya tahu saya ada produk Shaklee yang sangat memenuhi keperluan ibu-ibu menyusukan anak. Jadi memang kerisauan saya hanyalah hasutan hati kecil yang jahat sahaja. I knew I give the best to Dina & Dini. No doubt.

TQ for reading :)