Wednesday, 17 December 2014

Kekalkan Momentum Anda : Hari-Hari Bertenaga

Assalamualaikum

Tajuk agak keras dan serius. Juga bagaikan mendesak. Adakah anda sentiasa kekalkan momentum anda di tempat kerja mahupun dirumah? Bukan senang.

Bila bangun pagi, setiap hari adakah anda berjoget sambil masuk bilik air? Bersenandung 'yeaay..nak gi kerja..yezzzaa...nak gi kerja...oooo i love my job!!!'.. hah gitu lagunya dalam bilik air tak pun sambil-sambil lap badan bersiap pakai baju tu kan..berjoget sambil menyanyi lagu bernada ceria..meraikan pagi hari..penuh bersemangat. 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun setelah bekerja pun masih seperti itu gaya anda setiap pagi..Ohh anda memang seorang yang tahu kekalkan momentum. Tahniah!!

haaa cam gitu gaya jogetnya setiap kali nak pergi kerja. Okey?


Penat pulak tengok joget cam gitu gaya..Tak nak joget, lompat gini jelah..janji ada gesture yang menunjukkan keceriaan dan keredhaan anda ke tempat kerja mahu pun dirumah. Kalau kat rumah jogetlah ngan anak-anak yer.


Ditempat kerja, saya amat mengagumi seorang Profesor ni. Umurnya kalau tak silap saya sudah menjangkau 58 tahun. Antara Profesor paling senior dan pangkat pun dah V5. Tak lama lagi nak pencen. Sepatutnya memang dah pencen tetapi beliau sambung lagi berkhidmat. Kepakarannya dalam bidang Intervention(mohon google sendiri maksudnya ya :P) memang dikagumi ramai. Saya tak pernah bekerja secara langsung dengan beliau tetapi selalu berhubung berkenaan kelas beliau, oncall serta conference. 

Apa yang buat saya kagum, dalam usia begitu beliau masih kekal hardworking dan sememangnya dikenali sebagai workaholic. Bayangkan dalam setahun tak pernah beliau bercuti dan jika bercuti pun dia ada sahaja dibiliknya. Saya sentiasa follow up dengan dia setiap minggu bertanyakan samada nak cuti atau tidak dan jawapannya. Tidak. Hari Raya pun dia tidak ambil cuti berlebihan cukup dengan Cuti Umum yang kita semua dapat. Memang rare makhluk sebegini kan.

Apa agaknya rahsia beliau kan? Masih segak. Membawa motor berkuasa tinggi lagi kau. Haaaa... Orangnya baik pulak tu. Tidak sombong dengan orang bawahan. Kalau ada majlis jamuan yang memerlukan sumbangan pun, dia lah yang biasanya akan memberi sumbangan terbanyak. Tak berkira. Oncall pun tak pernah claim. Saya pulak tak sanggup rasanya nak biarkan beliau bertugas tanpa claim jadi saya lah yang tukang claim..hihiii bukan sikit jumlah bayaran oncall untuk seminggu. Separuh gaji saya kot. 

Macam mana nak jadi seperti beliau agaknya. Saya ni baru nak masuk 4 tahun kerja dah lemau..hahahaaa memang tak seronok buat kerja yang sama hari-hari. Kelebihannya kita makin terer buat kerja itu tetapi kelemahannya kita jadi tepu. Takde penambahbaikan dan tiada peningkatan dalam produktiviti kita. Sebab itu elok jika semua organisasi membuat reshuffle untuk pekerja yang berkhidmat memebihi 5 tahun. Kerana menurut kajian saya (ehem) seorang pekerja yang mebuat kerja yang sama dalam tempoh yang terlalu lama dikhuatiri akan terlalu selesa dengan kerjanya dan boleh menjadikannya malas dan tiada inisiatif untuk berkembang. 

Tapi bergantung pada bidang kerja lah, kalau macam Profesor tu takdelah istilah bosan dengan kerja beliau sebabnya ilmu kedoktoran ni pada saya ada sahaja penemuan baru yang mereka temui apatah lagi jika berkhidmat dalam teaching hospital macam ni.

Walau apa pun jawatan kita sebenarnya sebagai pekerja kita ada tanggungjawab yang besar untuk dipikul hari-hari kan? Setiap minit yang berlalu sepanjang 8 jam bekerja andai disia-siakan atau tidak jujur, berat untuk dijawab di'sana' nanti. Kerana kerja adalah amanah.



Janganlah buat muka macam ni bila dah 15 tahun ke atas bekerja yer. (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)

Jom sama-sama berkhidmat dengan cemerlang sehingga pencen. (eeerrkkk)

Tips untuk sentiasa bersemangat saya dah share di entry ini. Boleh ulangkaji baca ya. :)