Thursday, 11 December 2014

Perihal GST

Assalamualaikum,

GST ohh GST!!!


Yang keje Gomen
'mintak-mintakla PM naikkan gaji lagi...bagi BONUS besar lutut gitu...'


Yang keje swasta
'kena OT kaw-kaw la nak cover kos barang smua naik ni..


Yang anak ramai
'sian anak-anak aku karang tak cukup makan pakai ke pulak ni

Yang anak sikit
'mujurlah anak sorang je hah..tak pening kepala sangat

Yang tak keje
'lantokle ape nak jadi..mujur aku tak keje..kalau keje satu hal pulak nak fikir kos petrol semua..hahaa

Pendek kata bagi impak kat semua orang kan..Sana sini orang duk bercerita pasal GST..saya pun belum baca pasal GST ni belum khatam..tak tahulah apa yang kena apa yang tak..dengar-dengar tak semua barang/servis dikenakan GST. Tapi ada pulak yang kata kesian pada orang-orang kampung yang menoreh getah apa semua sebab mereka turut terkesan. Malas sebenarnya nak ambil 'port' bab-bab ni..Kitorang suami isteri dahla jenis tak calculate belanja bulanan..Masing-masing tahu part sendiri bayar apa, ada baki senyap je..hehee 

Bahaya macam tu kan sebab tak nampak flow belanja bulanan macam mane. Yang penting makan pakai keperluan anak-anak cukup seadanya nak kata bermewah tu jauh sekali lah nak mewah apa mak paknye kakitangan kerajaan berjawatan sokongan je weh..Alhamdulillah syukur..tak baik merungut..rezeki Allah ada sahaja untuk kita kan..

Berbalik soal GST tu..ramai yang berdebar menunggu 'kedatangannya' April 2015. Bahkan kerajaan merekrut ramai Akauntan khas untuk kerja kira cukai ini sahaja. Hebat betul. Adakah nasib kita bagaikan telur dihujung tanduk?wah sedap mulut je sesuai ke perumpamaan tuh?main balun je. Apa kita nak buat untuk hadapi GST ni? Banyak yang mengeluh dan menyalahkan kerajaan yang dianggap kejam. Ahli ekonomi pula tidak menolak bahawa GST akan membantu kerajaan ke arah mencapai taraf negara maju tahun 2020 (walaupun rakyatnya keding tak makan)..

Kita sebagai rakyat marhaen semestinya tak nak GST ni kan..memanglah kita kalau boleh nak barang turun harga sokmo, naik jauh sekali. Tak tahulah kot-kot ada insan bertuah memang menantikan harga barangan naik..aih pelik bebenor..mungkin gajinya melimpah tak tahu nak buat apa. 

Secara peribadi, saya (bukan penyokong GST) berpendapat bahawa kita hampir tak mampu nak lawan benda ni kan. Nak tunjuk perasaan dijalanan sambil pegang sepanduk 'NO GST PLEASEEEEEE"..ke nak buat rusuhan di bangunan kerajaan? Perhimpunan BERSIH yang banyak kali diadakan pun tak memberi impak walaupun dikatakan berhimpun secara damai untuk hantar memorandum blablabla..mungkin niat baik tapi ape perubahan yang jadi selepas itu? TIADA. Maafkan saya kalau saya silap fakta tetapi apa yang saya nampak macam tu lah. Sebab kita ikan bilis dikelilingi ikan-ikan jaus (betul ke eja jaus gitu?). Tindakan drastik kita hanya ibarat drama yang memenuhi ruang-ruang berita utama TV3 sahaja. 

Dalam keadaan ini, saya suka memetik kata-kata PM Cery (Jutawan Shaklee,boleh kenali beliau disini) jika kita tak mampu kawal seluruh dunia (ini saya tambah) kita perlu FOKUS pada perkara yang kita boleh kawal yakni SIKAP kita, TINDAKAN kita, MASA kita !!! Yezzaaaa itu semua dalam lingkungan diri kita sendiri kan. Pasangan kita sendiri pun kita belum boleh kawal, boleh ubah dan boleh tegur apatah lagi nak ubah keputusan kerajaaan untuk melaksanakan GST? Tak gitu, jah?Senah?Yam?Som?yang hujung tu siapa nama...?jangan bersembang waktu saya mengajar ya...

Ok, apa sahaja pandangan atau amarah atau amukan anda pada GST, at in the end of it..anda juga yang akan tanggung bebanan nya..jadi kawal lah 3 perkara yang saya sebutkan tu..apa nak buat untuk menghadapi nya..cari pisang, tepung kemudian goreng sedap-sedap untuk dijual di petang hari. atau bangun 3-4 pagi tanak nasi lemak bungkus elok-elok bawak pergi tempat kerja?

Figure out something!! Sebab GST pastinya membebankan. Definitely!! Kalau gaji naik pun, tiada faedahnya kerana semua benda akan naik sejajar dengan kenaikan gaji jugak.

Wallahua'lam :)