Friday, 12 December 2014

Selangkah Ke Hadapan

Assalamualaikum

Woww tajuk macam ala-ala novel ke puisi ke apa tu ya. Motifnya nak bagitahu diri sendiri dah melangkah ke hadapan. Kalau dulu hari jumaat yang dikenali sebagai rehat panjang, macam-macam boleh buat. Lepak-lepak, makan-makan di shopping mall (MidValley, Amcorp sasaran utama kalau dah ke sogo tu bedaah nama nya). Kini, ohhhhhhh baik diriku menyibukkan diri update entry tak pun blogwalking tak pun baca lah apa-apa blog yang cerita pasal produk dan cedok ilmu dari situ. Tak pun pergi meniaga kain sutera..hahahahah kantoi meniaga kain eh!!! Adalah stok sikit ni khas untuk yang menanya dan me request..Taklah banyak..dan bukan keutamaan pun, stok pun tak banyak. Keutamaan saya sekarang ni Shaklee je tak mahu sesakkan wall fb dengan kain-kain sutera yang pastinya cun tetapi akan mengganggu gugat perhatian saya pada shaklee. OVER. Nak tunjuk jugak stok yang masih ada kot-kot ada yang nak..sambil menyelam togok air namanya ni










Seronok meniaga kain tetapi lain feel nya. Untung? YA memang untung tetapi untuk jangka masa panjang, saya pilih shaklee. Nanti saya cerita kelebihan shaklee dilain entry ya. Sekarang ni motif nya nak bagitahu saya rasa masa saya dah boleh dimanfaatkan kepada benda yang lebih berfaedah dan saya seronok menyorok dihujung tepi meja pejabat meng update atau membaca buku-buku motivasi contohnya ni,..



Betul lah kata Master Tuan Nurul Ain (idola saya yang saya kagumi,boleh lawat dia disini). Kita orang meniaga memang kena jadi lain dari orang lain tak pun lari dari kebiasaan kita. Ayat senang faham, keluar dari zon selesa. Kalau biasa menyembang tak tentu hala, sila sembang bab menaikkan taraf ekonomi atau bab pelajaran yang bagus untuk minda anak-anak, apa buku yang bagus untuk anak, apa vitamin elok untuk otak mereka..yes, stuff like that. Tiada lagi omongan kosong. Bukan senang juga nak jadi macam tu lagi-lagi kita tipikal kakitangan kerajaan memang kaki sembang punya (mampuih aku kena pulau lepas ni). 

Hahahaha..tapi seriously, ampunkan saya..perlukan kekuatan kalau nak keluar dari zon selesa yang dikelilingi orang-orang biasa. Bukan nya orang-orang biasa tak bagus tetapi yelah..mereka hanya melakukan perkara biasa-biasa. Berani ke kita tiba-tiba nak masuk kan topik ' berapa target nak bulan ni?seribu ok?..' haaa kalau tak kena gelak, mungkin akan diberi pendapat bahawa ' bisnes ni kau kena betul-betul,..bukan senang nak jual ni..silap-silap se sen pun tak dapat bulan ni..kerja ni lain goyang-goyang pinggul pun gaji jalan..tapi kalau kau nak buat jugak..kena nekad lah..'

hmmm...ada nasihat disitu tapi sebelom tu anda disekolahkan dengan kata-kata yang kalau tak tetap pendirian pasti akan setuju sahaja. Kerana itu manusia-manusia yang berjaya memang habitatnya pun luar biasa. Saya suka baca cerita mereka.

Saya rasa saya ada sifat luar biasa itu cuma tunggu masa untuk dikeluarkan..amboi tunggu lagi ye tak. Sembang kencang sangat. Takpe sekurang-kurangnya saya sudah lari sedikit dari diri yang dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan..ngeeee =)

Salam Jumaat
Salam Penuh Barakah
Salam Zohor