Monday, 5 January 2015

Panggil suami sayang, anak pulak yang over excited



Assalamualaikum

Masa mula-mula couple ngan hubby dulu aku panggil dia 'yang'..entah mewakili sayang ke ke buah kepayang ke yangyangyok..sebab jarang sebut sayang, cuma 'yang' jek..adekah itu simptom nak berpanggil panggilan tapi malu tapi nak jugak panggil..hahhaa tapi selesa lah panggil gitu.

orang kata suami elok panggil abang. aku pun teringin nak panggil abang dan suka sangat dengar orang lain panggil laki dia abang weh. tapiiiiiiii macam tersekat dikerongkong nak sebut abang tu..aku ada abg 2 orang pon tak panggil abang panggil nama jek sempoi sangat kami. nak dijadikan cerita setelah beranak pinak dengan jayanya secara tak semena-mena panggilan baba telah hinggap dibibir khas untuk suami ku.entah kenapa asal dah beranak mulala nak panggil laki panggilan utnuk anak.why??? katanya takut anak terikut panggil bapak sendiri abang atau sayang atau darling atau B..ehh boleh je train anak tu kasitau ini bapak kamu nak, tolong jangan panggil beliau dengan istilah yang mama panggil tu..itu suami mama bukan suami kamu..haaaa kan?lama-lama anak boleh faham aku rasa.

tapi aku pun tak train anak camtu, belum sempat train pun, belum pun anak terikut panggil macam aku panggil pun, aku sendiri yang terikut anak aku..watdehek?saja nak diri nampak tua kan memtang2 dah beranak.tapi panggilan yang tu masih meniti dibibir cuma dah terbiasa dengan 'baba'. hohh

satu hari hubby call..sesaja aku ceriakan suasana 'hello sayaaaaanggggggggg'...kataku dengan gediknya..

sekali tak sangka Amani ngan Auni bertepuk sakan dengan girang..

'waaaaaaaahhhh mama panggil baba sayaaaaanggg

sambil senyum2 meleret diorang macam teruja sangat takleh nak explain wajah mereka macam 1st time tengok adik kembo mereka lahir ke bumi :) hah gitu,..nampak sangat mak paknye jarang bersayang sayangan ke or mereka dah terpengaruh ngan drama melayu.almaklum anak dara dua orang ni sejak dah beso sikit ni dah pandai layan drama melayu lagi2 musim cuti sekolah melekat depan tv jelah..huihhh tak senonoh sungguh budak kecik tengok drma melayu kan..camne mama nak buat ni ek ..

ohhh pastu kan sejak tu aseklah depa berdua tu duk betulkan panggilan mama..si auni, "mamaaaa.....sayang lah..bukan baba!!! adoi banyak kali pulak tu die duk tegur mama dia sampai naik rimas..padahal punyalah baik niat anak tu.hmmmm

mama die teringin nak panggil baba die abang sebenarnya..rasa macam tough laki aku bila dipanggil sebegitu..hahaha

ok done merapu!!