Friday, 9 January 2015

Terima kasih encik!!

Assalamualaikum

harini macam biasa aku terkocoh-kocoh..kira terkocoh dan aku bagaikan isi dan kuku..berpisah tiada..bila lah aku nak cool je..berdisiplin macam polis atau askar..bangun sharp, tidur sharp, mandi sharp, sampai tempat kerja sharp..tiada yang tidak sharp..semua sharp sharp belaka..tapi betul ke polis dan askar je yang berdisiplin?ohhhhhh please lah..kau tu banyak beralasan kan..seorang ibu dan surirumah berlambak yang sharp..malah mata pisau mereka pun sharp untuk memudahkan kerja-kerja dapur mereka..

ok baik..bila dah terkocoh-kocoh kalau boleh sepanjang jalan tu aku nak jerittt "bagi laluaaaaaannnnnnnnn!!!! aku dah lambaaaaaaaattttttttttt...." bayangkan semua penunggang motor dan pemandu kereta semua mengengsot ke tepi dengan tabahnya dan memberi laluan pada aku seorang..vauuuuuu..vahhhh..dalam mimpiiiiiii :D

sesampainya di tempat parking..biasa lah bila dah lambat mana ada parking?ingat VIP ke ada reserved?kalau ada pun kena gigih tolak menolak motor orang barulah boleh menyelit..diri ini walau pun penunggang motosikal cuma, tetapi gaya kakitangan awam haruslah ada..melaram batik sokmo..sah sah kainnya sensitip..sepadan kalau naik kereta..hihiii tiba-tiba dengar suara

"terussssssssss...dalam lagii,..dalam....terussssssssssss

ada orang bagi arahan.tapi kat orang lain..eh sejak bila ada jockey kat parking motor pulak ni..brader tu..eh tak sesuai brader..pangkat ayah kita kot tapi muda sikit..pakcikla kan...pakcik tu duduk kat atas divider tepi tu sambil bagi arahan..bila tang aku dia pandang je..nampak aku terhegeh-hegeh nak turun motor dengan kain sempit kau..kain lipat weh tak hagak-hagak naik motor gituu kainnya..tapi boleh je selama ni..no hal lah..rempit tegar katanya =)

tiba-tiba pakcik tu alihkan beberapa motor di belakang ku dan tak semena-mena datang kat aku tolakkan motor ku masuk elok ditengah-tengah antara dua motor lain..elok ngam-ngam..siap dengan tongkat 2 pulak tu,..tau ke tongkat 2..korang naik kereta eksyen kan..tssskkkkk tongkat tu kalau aku yang angkat sendiri kalau tak kena position 2, 3 kali percubaan baru mau naiknya..boleh tercirit..tapi kalau nak jimat space nak selit-selit, wajib lah tongkat 2..baru tak cium motor orang lain..sama-sama bahagiaaaa..

lalu aku ucapkan seratus kali terima kasih pada pakcik tu..

'timekasih Encik..timekasih..timekasih ye..timekasih banyak-banyak..



dia senyum mengangguk..aku pun lock segala benda ..sangkut helmet..sambil pandang lagi pakcik tu mengangguk ucap terima kasih lagiiiiii..

pernah rasa tak terlalu menghargai pertolongan orang sangat-sangat dikala kita menghadapi 'bad day'..pertolongan itu pulak datang dengan tiba-tiba kita tak agak pun..ibarat DIA datangkan pertolongan itu untuk memudahkan kita dan buat kita senyum setelah berpenat lelah,..itu yang aku rasa..DIA masih sayangkan aku :( walaupun aku hambaNYA yang jahil dan selalu lalai..

terima kasih encik yang baik hati..esok tolong lagi, boleh ;p