Tuesday, 6 January 2015

Tips nak update entry



Assalamualaikum

what?adakah itu bertajuk tips??berani kau jah..berapa lame tak update baru semalam update 2 entry serentak kau dah ada tips untuk orang ramai??vahvahvahhhh

hahhahahaha

biarlah..apa salahnya..tips tak mengenal usia..:D

Ok. Menulis dari hati. pernah dengar?semalam baru aku pratikkan benda ni dan aku rasa puaaaaaasssss!!!bahahaha seriously. bila kita menulis dari hati tentang cerita kita sendiri yang lahir dari nurani yang mulus yang tidak kisahkan pandangan orang samada orang baca atau tidak samada orang suka atau tidak. tiada betul atau salah bila masuk bab menulis ni janji jangan mencetuskan propaganza atau memfitnah orang mencaci maki kaum lain menghina sesama makhluk atau menipu membongak.

tulis lah setulus hati berkenaan apa sahaja. lagi bagus kalau ada tips masakan ke kecantikan ke tempat percutian menarik ke tapi kalau kau takde itu semua jangan give up (akulah tu give up sebab tengok blog orang lain best cerita macam-macam,aku ni miskin apa aku nak story..tajuk kemain 'mother of four have a story to tell the world.'..gah tak hengat..hah apa cerita nak bagi tahu dunia mama woiii)

jadi bila aku tak fikirkan orang lain..tak berniat nak 'meng compare kan' blog dengan orang lain maka kau aku boleh menulis dengan tenang. dengan seronok.idea boleh datang mencurah waktu tengah mandi,makan,atas motor dimana saja..wauuu banyaknya rasa benda aku boleh update!! soalnya ada ke orang nak baca kalau setakat 'harini aku nak snap gambo esp ngan nestum sekali bos ada kat pantry seganla aku..' eh itu update fb jelah ngek..

topik nak update pun bukan masalah sebenarnya terpulanglah tapi kalau nak naikkan trafik baiklah banyakkan topik yang bermanfaat.tapi aku tengok ada je blog cerita biasa biasa je tapi ramai follower dan trafik tinggi jugak.jadi baik kita bercerita dari hati sahaja okeh sambil sambil sebarkanlah maklumat yang bagus untuk pembaca takdelah macam syok sendiri sangat kan.

niat nak blogging pun kena betul dan jelas jugaklah.macam aku mula mula nak blog dulu puncanya sebab nak kasi info banyak banyak pasal shaklee sebab dah join kan dan dah amalkan produk ni memang bagus jadi nak la share pengalaman dengan orang diluar sana.tapi bila lama lama aku rasa macam sesak nafas pulak nak menulis tentang apa yang aku tak jelas sangat dan aku tak suka.bukan tak suka shaklee tapi aku tak suka tulis pasal benda tu.bosan.macam terbantut.sebab utama aku belum terer gila pasal produk dan aku rimas nak salin je maklumat pasal produk dari buku panduan suplemen rasa macam tak berguna sangat main kopipes je.

lama aku menyepi sebab tulah,..aku cuba nak jadi diri orang lain yang mana dah success dalam shaklee aku tengok blog diorang ooommmmaaakkk aiii..sarat dan padat dengan maklumat dan testimoni..macam macam boleh refer kat blog mereka.,memang tersungkur aku jadinya.itulah masalah aku.tengok orang yang dah lama berkecimpung dan mereka BUAT!!aku?dahla baru..TAK BUAT pulak tu.kalau aku buat sah sah aku pun akan ada blog yang sarat macam tu.

dalam keadaan blur aku terfikir 'kot ye pun blog ni asalnya untuk promote shaklee, why not aku teruskan je menulis pape alang-alang benda dah wujud takkan nak biarkan terbengkalai. nak tunggu update pasal shaklee, nak pitam la tengok sawang kan?jadi itulah konsep yang aku bawakan sekarang ni..woww konsep tak tahan.

jadi aku seru kalau ada antara korang yang baru nak berjinak-jinak dengan blog ni..sekali dah register blog, buatlah yang terbaik.teruskan menulis.jangan nak rasa rendah diri sangat macam aku.aku dah ok dah rasa bangga dan perasan glamer sangat macam ada ribuan follower padahal buat masa ni baru 4 :P harus diingat follower tak melambangkan blog korang bagus.

korang klik sini kalau nak tahu lebih pasal kriteria blog yang bagus tanpa perlu ramai follower pun.memang bagus blog brader kucing ni buat aku insaf jap.hahahha bukan insaf apa,buat aku tukar fikiran tentang blog.banyak aku salah faham selama ni.

ok tu je.aku akan banyak update lepas ni sila follow blog aku bermula sekarang!!!