Monday, 5 January 2015

What's wrong with me????

Assalamualaikum

Beberapa hari kebelakangan ni aku macam lost atau sesat dijalanan.lemas.rimas.sesak nafas.dan macam macam lagi perasaan tak enak menyelubungi diri.apatah lagi tengok pada last update entry adalah pada 19 december 2014.arini dah 5 januari 2015.kirala berapa hari aku biarkan blog ni berabuk berdebu bersawang bersunyi sepi.tandus. apa nak jadi?what is exactly happen to me. mesti nak selit jugak bahase omputih apsal?biarlah..jangan tak tahu lah aku memang suka english subjek dari dulu lagi dan gemar tengok cite omputih je tapi sejak dah tahu kebanyakan cerita omputih ada maksud tersurat lagi lagi yang berkisarkan perang aku dah kurang menonton tapi cerita yang genre romantik lawak komedi dan pelakonnya hensem aku masih tengok.tambahan lagi aku kan dah 4 anak takkan nak tengok movie je kerjanya ye dak?selain dari itu,disekolah dulu aku sahaja yang beminat dengan subjek english ni bila teacher masuk mengajar aku je yang over fokus sampai kawan kawan ngejek 'hok alohhhhhhhhh

dan kenapa aku cerita pasal english pulak ni.supaya korang tahu aku minat bahasa ini dan akan selit sikit bahasa ini dalam penulisan,dalam percakapan belum tentu sebab macam poyo kerana aku bukan dilahirkan dalam background gitu.aku boleh speaking,aku agak terer bahasa ini tapi untuk berbual in english, dah kenapa?apa motif?melainkan aku dikelilingi bangsa asing aku akan tidak teragak agak untuk speaking tapi jika sekarang ini bersama orang orang yang tiada berkepentingan untuk berspeaking tak payahla semek weh.tapi aku sokong pandai berbahasa inggeris ada 1001 kelebihannya.tak payah kupas kat sini langau pun belum tentu nak baca.

apa tujuan update harini setelah 16 hari tak ber update?kecoh sangat dah lama tak update nape?adeke yang tunggu mu update?tak kisahla ade ke tak yang tunggu or yang baca yang pastinya sebenarnya personally aku dah janji kat diri aku nak update sokmoo sokmoo kalau boleh 15 entry sehari wajib selaku newbie dalam bidang pemblogan.nampak target tu seakan tak hengat kan?15 entry konon sama banyak dengan bilangan hari yang aku tinggalkan blog ini tandus.well done mem!!!!

apa aku buat sepanjang tak update?busy sangat ke?busy tak busy rutin aku sama je..kerja aku kat ofis boleh adjust ikut suka aku janji tak langgar due date dan orang orang yang terlibat tak bisinggg. kerja rutin kat rumah masih macam biasa anak masih 4 suami masih sorang rumah masih kat cheras masih tingkat 2 masih pergi balik kerja naik motor.jadik apa masalah?

inilah yang aku cakap aku lemas dalam diri sendiri.ntah ape yang aku nak?adakah aku jauh dari Tuhanku?biar aku jawap dalam hati je.seganlah kat korang. tapi itu je punca seorang manusia boleh lemah sesat kecewa hambar sunyi malas tekanan gagal mundur tiada pegangan tiada pendirian kan?

so aku akan kembali pada DIA.sujud pada NYA.

mohon diampunkan segala DOSA.
diberi HIDAYAH
diberi PETUNJUK.
dilapangkan DADA.
diberi ketenangan HATI.

jom solat taubat.