Tuesday, 17 February 2015

Apa Ada Dengan Shilla Firdaus

Assalamualaikum

amboii tajuk aku kenapa macam menyibuk hal orang..dan kedegaran macam nak mengulas cerita Ada Apa Dengan Cinta je gayanya?



hmmmm entahla..sejak aku follow Fb kak Shilla Firdaus ni kan sejak tu aku terdetik..suatu hari nanti aku nak tulis pasal kakak ni..jadi korang tolong faham blog aku ni sangat meluas subjek nya..macam-macam benda boleh masuk cerita dalam ni..mungkin ada cerita yang dirasakan 'apahat benda ni pun nak cerita?' kan?tapi,...apa-apa pun sila Buat Aku Tersenyum =)))))))) 
merujuk headline blogggg sangattttttttt

ok balik ke pangkal jalan cerita nya!! aku kenal kak shilla ni dari partner in business shaklee aku (takleh sebut master nanti ada yang akai kecik salah faham pulak) waktu ni kami belajar pasal marketing..(tribe marketing)..macam mana nak attract orang suka kita..kalau asyik nak promote produk je jenuh gak lah kan..last-last orang hide/remove je kau lagi sadis orang blocked terus sebab nyampah..FB kak SF (for Shilla Firdaus opkosss) dijadikan sebagai contoh dalam perbincangan kami bagaimana dia menarik perhatian Likers walaupun mungkin kak SF tak berniat begitu kerana mungkin sikapnya natural begitu. bravoooooo kak T_______T

lantas aku try add FB dia..penuh kau jah...wallaweyyy hebaakkk mung kak..terus aku klik follow lah ape lagi daya yang ada..setelah beberapa ketika follow beliau,..memang tiap kali baca status dia aku tak teragak-agak nak klik butang LIKE..pasai memang aku like lah kan..

secara peribadinya aku rasa pemilik nama Shilla Firdaus ini sangat-sangat transparent orangnya..(korang jangan google apa maksud transparent tu pulak sebab aku nak sampaikan dari sudut lain T______T)..dia sangat jujur kottttt..tak pernah aku jumpa makhluk sejujur ini..apa yang aku baca dari status dia kelakar, betul, tepat, ikhlas, sampai ke hati ini..padahal bukan dia canang cerita hebat sangat pun sekadar cerita isu semasa kadang-kadang...selebihnya perihal anak-anak, suami dan aktiviti seharian dia selain drama TV3 yang dia suuuukkkaaaaa sangat tu..hahaha aku yang tak follow drama melayu pun rasa macam 'ok..ohhhh camtu ke ?' kihkih

mungkin ada sesetengah orang rasa takde faedah pun follow orang camni takde kelebihan apa pun..bukan ada bagi tips gempak-gempak pun! tapi bagi aku...dia lebih kurang macam penyeri lah..penyeri wall FB..:D kira macam tengah muram durjana..ada status kak SF masuk..ahhh ko boleh senyum lah...tak senyum senget, senyum kambing..kena elok memang tergelak besar..serius!

mungkin kak SF tahu strategi dia berjaya untuk menarik perhatian orang ramai sekaligus bisnes online dia berjaya mengaut untung tapi mungkin jugak dia sendiri tak menjangkakan semua ini..mungkin dia hanya play natural dengan sifat nature nya begitu..sebab yang aku nampak dia sangat jujur dalam penulisan dan urusan jual beli..ya ofcourse aku ada beli barang jugak dengan dia..senang hati berurusan dengan orang macam ni..yang paling aku salute sambil berdiri tangan didahi,..adalah..akaun bank bisnes dia atas nama suami nya..whatttttttt?mungkin korang rasa biasa-biasa..tapi bagi aku luar biasa sangatttttttt..hoiiiiii sanggup ke aku?

dan,...walaupun aku tak lama follow kak SF tapi dari penulisan dia aku tahu dia banyak melalui susah senang dalam hidup yang menjadikan dia lebih KUAT dan CEKAL harungi hidup..pernah jatuh tersungkur dari perkahwinan yang lampau dan bertemu jodoh dengan suaminya yang perfect10 (kehkehkeh jangan mare kak;p)..banyak yang boleh diteladani dari kisah hidup dia.tak melampau aku rasa kalau ada yang PM dia tanya pendapat tentang perkahwinan..ada juga yang PM sound-sound dia..itu aku tak faham..kenapa la manusia ni sanggup luangkan masa buat kerja takde faedah kan..alahai

jauh dari sudut hati aku macam nak kenal rapat dengan kak SF ni..ntahla..rasa macam ada connection gituwwwwwwww..hahahha kunun kan?

ok harapnya akak tak marah saya review pasal akak..macam review produk pulak bunyinya..hewhewhew..

memetik kata-kata ku sendiri dengan dibayangi kak SF (T______T)

"kalau update status untuk memenuhi selera semua friendlist, nampak gayanya tak terupdate la status itu..lagi-lagi kalau kita orang meniaga..nak promote lebih-lebih nanti orang mengata..tak nak promote macam mana nak meniaga.. hati kena kental..pedulikan kata orang..nanti yang untung, yang berjaya, kita..yang mengata tu duk takuk tu jelah..so tak payah malu-malu update status..jadi transparent macam kak SF.yang penting IKHLAS..kalau dibuat-buat memang tak real..dan ingat orang tak tahu ke,?"

babai :)