Thursday, 26 February 2015

Tipu Daya Otak

Assalamualaikum

Tahu tak kita ni manusia biasa?Sesekali perlu disedarkan dari lamunan atau orang kata muhasabah diri. Kalau dibiarkan diri begitu sahaja nescaya kalau dah buruk laku akan bertambah buruk la jadinya,..Kalau sedang-sedang peel nya maka ada kemungkinan akan jadi buruk perangai..Kalau dah sedia perangai bagus..boleh jadi riak atau lupa diri pula. Begitulah kita manusia ni...takkan pernah ada yang sempurna..

Mari saya kongsikan apa yang saya dapat dari kursus "Pemikiran Analitikal & Kreatif" ini.. atau dalam bahasa senang faham..Macam Mana Nak Guna Otak sebenarnya..kasar pulak bunyinya kan..T_____T

Sedar tak sedar kita sebenarnya tak pernah diajar cara untuk berfikir kan?Sekolah rendah dulu kita semua diajar 3M je kan..Membaca, Menulis, Mengira... memang semua tu guna otak..tapi macam mana?Errrr tahu tak ada hasil kajian mengatakan kita guna otak sebanyak 5% je..lagi 95% kita simpan sampai ke liang lahad..Erkkk?(bukan aku kata,penceramah tu kata..kikikikiii)


Sebenarnya dalam hidup ni kalau kita ada masalah (siapa yang takde masalah kan?)..kita kena hadapi masalah itu jangan biar ia berlarutan..sekurang-kurangnya, CARI PENYELESAIAN, CUBA SELESAIKAN, CARI SIAPA YANG BOLEH BANTU.. jangan kurung diri dalam almari pulak kalau ada masalah T____T

ok sebelum tu korang layan video buat baik dibalas baik ni kalau ada masa ya..mungkin ramai yang dah tengok..aku pun banyak kali tengok tapi entah kenapa tiap kali tengok air mata bergenang..padahal biasa-biasa je..cengeng rupanya aku ni nampak je keras..kehkeh eh korang kena tengok video tu untuk ambil mood pada penceritaan aku ni..:D

tak rugi buat baik kan?


Apa pendapat korang pasal kehidupan ni ya?Camne korang laluinya?Pernah korang terfikir betapa bosannya menjalani kehidupan yang sama hari-hari?hatta pakai baju yang sama warna setiap hari pun boleh rasa bosan.Bayangkan kehidupan kita ya..setiap pagi kerja, petang ambil anak, malam penat tidur awal..kalau tak tidur pun buat kerja rumah. Sama sahaja bujang atau dah kahwin..hidup kita kebanyakannya pergi kerja balik kerja je..adelah aktiviti sikit-sikit tu yang takde beza dengan orang lain pun..SEMUA SAMA. Hari ke hari apa bertambah dalam kehidupan kita?UMUR bertambah,..ANAK bertambah..HUTANG bertambah mungkin T___T

Jomlah jadi kreatif sikit..jadi lain dari orang biasa-biasa nih..tahu tak orang ada pemikiran kreatif ni mereka pandai selesaikan masalah, mereka akan cipta peluang baru, mereka boleh sokong idea yang bertentangan dengan pemikiran semasa. Contoh situasi : nak jual nasik lemak. tapi dah ramai yang jual nasik lemak. apa nak buat?sedangkan nasik lemak tak boleh adjust jadi extra-ordinary sangat sebab memang asal usul nasik  lemak akan ada kacang,timun,ikan bilis kan?yang boleh buat cuma upgrade sambal kasi SEDAP GILERRRR jelah..sedap dari orang lain..itu je..sebenarnya nak jadi TERBAIK dari yang biasa-biasa ni kita cuma perlu tambah 6% je atas apa perkara yang dah biasa kita buat..bukan perlu 100% pun.


Nak jadi lain dari orang lain..dari kebiasaan..kita mulakan hari dengan BISMILLAH dulu semestinya..baca doa mulakan tugas..malunya aku tak baca pun weh..Ya Allah jahilnya...camane nak buat kerja TIPTOP?Doa pon tarak..


tak nampak boleh google je yer

Sekarang ni apa dalam kepala otak korang?(maaf kasar sokmo bahasa)..apa korang tengah fikir?kalau aku suka beranganlahhh ape lagi kan?

semua berhubungkait kan?

Eh mari tengok struktur otak sikit :D

korang banyak guna otak mana agaknya?kanan-kreatif, kiri-logik

Kalau kita nak jadi HEBAT kena guna dua-dua belah tu kan?camne agaknya tu nak seimbangkan otak?macam boleh nampak pulak otak tu kan nak seimbang-seimbang bagai..Ni ada latihan otak..mohon cuba T____T

tak berapa clear kan?sorrylah..banyak kepala kat depan..i perasan tinggi tu yang duk belakang :D
hum tu maksudnya bersenandungla lagu-lagu happy tapi tutup mulut..

Kesian otak kita kan,..dibiar terkontang kanting buat kerja sendiri..padahal dia yakni otak itu boleh dibelai dan dilatih..mengikut apa yang kita mahu sebenarnya..tapi saya percaya kebanyakan kita biarkan sahaja perkara-perkara dalam hidup berlalu begitu sahaja..

Rasa nya semua orang nak hidup tenang kan?MAHALnya sebuah KETENANGAN itu jah..makanya orang kata orang kaya yang tidur atas tilam empuk belum tentu TENANG..jadi duit dah bukan soalnya..jadi pernah tak korang renung sejenak apa tujuan aku bekerja sebenarnya?kenapa aku pergi kerja?untuk gaji la deyyy..banyak benda nak bayar..lagi mau tanya ka?antara jawapan lainnya yang lebih sopan,...kerja untuk memenuhi keperluan hidup,untuk berkhidmat dengan masyarakat,untuk mendapat pahala..untuk menjadi insan berguna?dah belajar tinggi-tinggi haruslah bekerja deyy..masih lagi jawap dey nampaknya..

baiklah..MATLAMAT kita bekerja tak lain tak bukan adalah untuk MASUK SYURGA!!! tak kisahlah kalau anda non-muslim pun anda akan do the best to be in heaven someday,will you?ITU SEBENARNYA..memang orang jahil macam aku payahla nak bagi jawapan macam tu sebab rasa macam hidup ni like forever..berpenat lelah untuk hidup semata-mata...tak ke sedih?

Bila dah tahu matlamat yang sebenar maka takde lah perangai-perangai jengkel tu...curi tulang..berkira dalam bekerja..ponteng..salah guna kuasa..lewat....mengutuk bos..mengumpat rakan sekerja..tikam kawan pulak...khianat orang untuk naik pangkat..rasuah...ehh macam-macamlah...bukan dalam bekerja aja dalam perhubungan, kekeluargaan pun!!kalau kita tahu matlamat hidup adalah nak masuk syurga...insyaallah perangai kita elok sikit...elok banyakkkk sebenarnya..kita akan kejarkan amalan nak masuk syurga je. buat kerja pun kerana Allah..didik anak kerana Allah..layan suami kerana Allah..segala penat lelah memang bagaikan keseronokan..hilang stress!!! 'aku mahu berehat disyurga...biarkan aku berpenat lelah didunia yang sementara ini..kasarilah aku, hinalah aku..bebanilah aku dengan apa pun aku sanggup terima..kerana syurga itu MAHAL harganya..biarkan aku menangis air mata darah sekalipun didunia ini..kerana aku tahu tujuan hidupku..matlamat hidupku yang hakiki adalah disana..'~~ ayat mamasihatcantik sendiri ni harap maklum :D

boleh ke gitu?boleh,..........insyaallah...baca doa ni




rata-rata dari kita kerja sebab bergelumang dengan hutang kan?sampaikan ada yang berpegang teguh dengan kata-kata kalau tak berhutang bukan hidup namanya..

tapi sebenarnya kalau cakap bab hutang ni,..it's a choice!

bila penceramah ni banyak kali ulang ayat ni

 "Carilah satu pekerjaan yang kita suka..yang mana kita sanggup menghabiskan masa bertahun-tahun mengadapi kerja ini.. DAN selepas itu kita tidak perlu bekerja lagi untuk selamanya,.."


"Carilah pekerjaan yang memudahkan kita mencapai matlamat hidup kita."

aku memang terbayang masa depan aku dengan Shaklee ja..serius..maafkan aku..i cant help it..bukan nak mengajak sesiapa melibatkan diri dengan shaklee ke apa..cuma secara peribadi aku nampak peluang yang besar..menjual suplemen sangat-sangat membantu orang ramai dan bukankah membantu orang ganjarannya pahala dan bukankah itu memudahkan kita mencapai matlamat untuk ke syurga?

dan bayangkan...jika serius dengan bisnes shaklee ini, aku akan mendapat bonus 5 angka yang orang lain dapat jugak dan secara automatik aku BEBAS HUTANG!sebab leader aku tak pernah ajar kami BERHUTANG!malahan ramai yang join shaklee,langsaikan hutang dan terus berhenti kerja makan gaji..kerna hakikatnya..makan gaji..tak banyak peluang untuk kita membantu orang ramai (tengok bidang kerja la)..dan,...tak banyak membantu kita menjadi kreatif..tetapi kalau berbisnes..jadi WAHM..Insyaallah..dengan waktu yang boleh adjust sendiri, aku 100% YAKIN kita boleh jadi LUAR BIASA.

aku rasa aku macam tunggu masa nak MELETOP aja..ewahhhhhhh hahahah maksudnya..aku rasa aku bukan jenis yang akan kerja sampai pencen..aku lain dari orang lain..aku tahu itu..aku yakin itu..cuma aku perlukan jalan..perlu bebaskan diri dari kepompong yang aku cipta sendiri.kerana aku tahu...semua orang boleh jadi HEBAT..cuma tunggu masa dia TOLAK diri dia sendiri..

sebenarnya aku rasa malu pada diri sendiri betapa aku banyaknya kurang..banyak dosa..aku rasa macam penceramah ni mengata aku pun iye sebab apa yang dia cakap asyik terkena batang hidung sendiri..lagi-lagi bila dia kata orang yang lahir antara tarikh 18-21hb adalah makhluk yang ada split personality..hahahaha yeahhhh itu aku..nampak macam huuhaaahuhaaa boleh sembang-sembang sakan..esoknya..diam seribu bahasa..like 'i need to be alone..don't talk to me' T___T sebenarnya banyak fikir..haha

Err dan aku rasa aku taip panjang sangat ni..adakah korang baca separuh je?huh taknak kawan!!!

till we meet again :)