Friday, 13 February 2015

Perginya Seorang Pejuang Agama

Assalamualaikum
Biasanya kalau dah terlelap waktu tidurkan anak, jarang saya 'terbangun' balik. Entah kenapa malam tadi boleh terjaga pukul 1230 tengah malam.. rasa lain macam je..tergerak hati nak tengok handphone..bukak WhatsApp dapat berita pilu perginya Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat...sebelum tu saya baca Yassin dah..tak pernah saya baca Yassin pada waktu hampir ke pukul 1 pagi..memang pelik..Adakah saya dikejutkan dari mimpi yang lena? tersentap hati ni..mengalir deras air mata bila baca tulisan Ibnu Batoota di FB beliau.


~Tribute to Tuan Guru, The Legend~
Tuan guru yang sangat saya hormati telah gugur meninggalkan kita selamanya.
Beliau dihormati samada kawan ataupun lawan.
Selain Tun Mahathir, nama pemimpin di Malaysia yang sangat terkenal di negara luar ialah nama beliau.
Nama beliau disebut-sebut walau di India, Indonesia, Arab bahkan di Afrika beliau sangat dihormati.
Para ulama di India sangat menghormati beliau...
Termasuklah para guru saya di Afrika juga sering menyebut nama beliau dan memuji beliau. Mereka kagum dengan seorang "maulana" lepasan madrasah Deobandi menjadi ketua sebuah negeri yang disayangi seluruh rakyat samada musuh atau lawan, muslim atau kafir.
Telah lama beliau berjuang dengan cara beliau dan semoga Allah membalas pula dengan kebaikan kerana menghidupkan syiar Islam.
Baru pagi tadi saya menulis namanya di status saya tentang kekaguman saya terhadap beliau yang sentiasa mempertahankan pakaian sunnah walaupun berhadapan dengan protokol barat yang menyalahi sunnah.
Kini kita dikejutkan pula dengan berita peninggalan beliau...
Buat selama-lamanya....
Tarikh pemergian beliau yang mulia sama dengan tarikh pemergian seorang pejuang Islam terkemuka yang juga merupakan role model beliau, yang telah membawa syiar Islam di dunia Arab iaitu Asy-Syaikh Hassan Al-Banna Rahimahullah.
Seolah-olah kedua-dua pejuang ini telah berjanji untuk pergi pada tarikh yang sama dalam keadaan mereka telah berjaya menghidupkan syiar-syiar Islam yang cuba dipadamkan.
Perginya beliau juga pada malam Jumaat yang mulia, sejurus selepas seluruh Malaysia membaca surah Yassin selepas Maghrib seolah-olah Yassin seluruh Malaysia pada malam ini ditujukan kepada beliau.
Seandainya terdapat khilaf dalam memahami nas-nas agama khasnya soal politik yang beliau ceburi secara khusus, itu bukanlah tanda kita mesti hapuskan akhlak Rasulullah dari diri kita dengan mencelanya. Janganlah kita jadi insan yang paling jauh dari Rasulullah di akhirat kelak kerana kebencian kita terhadap kaum muslimin khususnya para ulama.
Tuan Guru yang mulia telah tinggalkan dunia dalam keadaan sikit masa je lagi hudud akan dijalankan di Kelantan....
Seluruh hidup Tuan Guru berjuang untuk itu, tapi sayangnya beliau tidak sempat melihat sendiri hukum itu dijalankan di tanah jatinya.....
Tidak ada kata-kata lagi yang dapat ditakziahkan melainkan...
Tidurlah wahai pejuang....
Sekarang waktu untuk tuan yang mulia berehat.....
Akan ku ceritakan tentang tuan yang mulia pada anak cucuku jika nyawaku panjang.....
*copypaste FB Ibnu Batoota
terharu baca post-post di Fb..terbukti ramai yang sayangkan TGNA..
moga TGNA tenag disana ':(