Monday, 9 February 2015

Surat layang dari cikgu amani

Assalamualaikum..


                                      


Memang berderau dapat surat camni dari cikgu amani!! Mau tak cemas kan! Ntah apehal pulak masalahnya di sekolah tu. Bahasa surat memang sangat berbunyi surat layang.

Rupanya pasal borang-borang belum settle. Yang dalam fail putih tu..kad gigi, borang kesihatan, borang e-student lah ape benda lah banyak betul nak kena isi. Masa hari daftar baba dia dah bawak ke hulur ke hilir fail tu semua tapi kelam kabut sangat kut takde cikgu minta pun. 

Pejabat sekolah pulak tak boleh main-main ko nak terjah pukul berapa kan?Ikut waktu pejabat betul-betul dah macam mane nak submit. Itu pasal penyudahnya dapat surat layang dari cikgu die..kihkih mujur cikgu nya baik.

Hari Sabtu ada PIBG elok sangat lah mama singgah hantar. Sekaliiiiiiiii banyak pulak tak complete nya! Tengok!! Dahla lambat hantar, borang diisi tak lengkap pulak tu..eiii stresss 4 posen. Dudukla mengadap cikgu lengkapkan apa yang patut. Memang menyampah ngan borang-borang ni semua nak tanya dahla maklumat semua bukan dalam kepala otak!!

Niat nak singgah jadi lama la pulak baik join mesyuarat PIBG terus..haha jahat lagi niat nak escape dari mesyuarat last-last sama gak berejam kat sekolah. Yang geram tuh,.tak settle jugak lagi..nak no cukai pendapatan lah.apelah..atoooiiiyaiiiiii

Kbai..tak lalu nak taip lagi.

Moral : Jangan tangguh walau satu benda ape perkara pun!