Thursday, 7 May 2015

Harini Amani Exam : mama rasa terrible :(

Rasa macam diri ini seorang mama yang kejam dan tidak pentingkan pelajaran anak. Yelah Amani exam besok,..mama takde masa nak ulangkaji pun ngan dia,.tahu2 je amani tunjuk jadual



esok exam Pendidikan Jasmani & Dunia Seni Visual (DSV)..mama baru je tahu DSV tu macam Lukisan lah kalau ikut mama kecik2 dulu kan..sekarang nama dah canggih sebenarnya benda yang sama..alahai anak..sian dia duk tampal2 kertas warna merah tu kat lukisan buah epal dia..pastu tetiba kertas warna dah habis..sambil2 tu pulak si Dina Dini duk mengacau..sepahkan pencil colour dia..siap kunyah kertas warna tu pulak...mama is stress seposen..

pastu mama cemas la kan..camne exam ni sebenarnya serius ke tak serius..boleh gitu soklan bermain diminda..bila baca nota kaki kat jadual tu..lagilah mama cemas..exam ni menentukan masa depan anak dara iols nih..huhiii persoalannya apa nak bawak waktu exam?bila tanya amani dia kata semua kena bawak buku pun bawak macam biasa je..kalau tersilap bawak pun takpe cikgu tu tak garang..aihhhh tak menjawap soalan la kakak ni..hmmm mama kena tanya cikgu jugaklah nampaknya..laju2 wazzap cikgu kelas dia..


adoiii,..lagilah mama cemas..1. tang cuba rujuk pd kertas cikgu DSV dia bagi tuh..mana??tak nampak pun dalam beg amani..bila tanya pengasuh pun dia ada cakap benda yang sama..kawan2 yang lain pun dah buat latihan dan masing3 dah decided nak buat lukisan apa masa exam nanti..taknak pilih yang susah2,..upss amani camne?apa yang dia pilih?mama pun tak tengok lagi contoh option soalan tu..cemas....cemassss.. 2. mana nak cari kertas warna malam2 gini?ok...sms baba dia..agak2 dia boleh carik tak kelengkapan gunting gam semua tu..yang amani guna sekarang macam tak semenggah..nak exam nakla semua baru kan..T___T itu mama lah masa kecik2 dulu ..mesti amani nak camtu gak kan?

mujur pagini nampak atas meja baba dia dah belikan apa yang perlu..sekarang ni mama terkilan sebab tak sempat discuss ngan amani apa dia nak buat nanti waktu exam DSV tu..hadoiii..sokmo rasa macam terrible mother..yaa...sungguhhh...amani memang banyak terabai..mama kena ubah semua ni..mama nak bagi yang terbaik untuk kakak tau,sayang?esok masih ada..ok esok paper BM ..mama akan ulangkaji ngan kakak...:)