Saturday, 27 June 2015

Cegah Dehidrasi Di Bulan Puasa

Assalamualaikum,

Dah lama tak jenguk blog! Jenguk2 aja ada info terbaik untuk pembaca MSC.. So takdelah korang merajuk kan?T___T

Oh ya selamat berpuasa ya semua..hehe

Harini masuk hari ke 5 dah kita berpuasa. Moga diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH SWT hingga ke ramadhan terkhir. aminnnn

Ok bila puasa kita sinonim dengan masalah biasa yang dialami iaitu DEHIDRASI. Apakah DEHIDRASI?

Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini terjadi karena pengeluaran air lebih banyak daripada pemasukan (misalnya minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini disertai dengan gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh. (sumber; cikwiki) :)

Mari MSC kongsikan cara-cara mencegah dehidrasi sempena bulan ramadhan yang mulia ni ya.

1. Minum air secukupnya selepas waktu berbuka. Seperti yang anda sedia maklum kita kena ambil 8 gelas air sehari kan iaitu bersamaan 2L air. Camane nak minum banyak tu diwaktu malam. Dahla waktu malam kurang rasa haus kan. Ok boleh cuba buat pecahan macam ni. Minum 2 gelas lepas berbuka, 4 gelas waktu malam dan 2 gelas lagi waktu bersahur. Senang sikit kan?Kelebihan minum air putih waktu bulan puasa ni kan sebenarnya dapat kurangkan selera minum kita pada minuman2 manis. Jangan tak tahu, bagi pengamal suplemen dan ibu2 menyusukan anak macam MSC ni, kami ambil 3L air putih sehari tau.. Untuk maintain kan susu dan penyerapan suplemen tahap optimum.







2. Jangan tidur waktu siang  T___T..Ya, kalau anda tidur badan akan berkali ganda jadi lagi penat dan lemah seterusnya timbul rasa tak sanggup tunggu hingga waktu berbuka dah. Errkkk??? Boleh curik2 nap sebelum azan zohor tu ye.. dapat pahala kan tidur waktu sunnah. tapi janganlah lama2 sampai terlajak2..Dan elakkan tidur lepas asar tau!




3. Elakkan Minuman Kafein dan bersoda. Minuman bersoda memang refreshing kalau minum lepas berbuka tetapi rasa ini hanya seketika. Anda akan rasa kekeringan beberapa ketika selepas itu dan perut pula terasa penuh. Begitu minuman berkafein akan mengakibatkan kehilangan kelembapan dalam badan kerana apa yang kita minum akan terhakis dek kerana kafein.









4. Banyakkan ambil buah-buahan samada jadikan jus atau makan begitu saja. Ini cara paling tepat untuk menggantikan kekurangan air dalam badan sepanjang berpuasa.




5. Kurangkan aktiviti diluar samada bersukan atau apa2 aktiviti yang kurang bermanfaat. Ada yang beranggapan bersukan dibulan puasa akan memudahkan proses penurunan berat badan. Ya, cepat juga proses kependekan umur nya T___T jangan ambil mudah bahaya dehidrasi!



sumber gambar : carian google

Ok itu sahaja tips dari MSC. Moga bermanfaat.

Thank you for reading :)