Tuesday, 14 July 2015

Ganjaran berjihad :D

Assalamualaikum,..

oleh kerana nak raya maka kelas kita diawalkan ke hari selasa. tercungap2 harini pegi kelas memang rasa berjihad sungguh rasa. naik teksi dari Salak Selatan waktu tu dah pukul 10.30 camtu kot. dah berdebar2 dah memang takla naik komuter.terus amek teksi straight ke bangi lah jawabnya.pejam mata jelah bayar teksi.

alhamdulillah sampai jam 11.09 minit. syukur Allah izinkan sy sampai ke kelas. memang macam yang saya cakaplah,..kelas ni ibarat penenang jiwa sy tak datang boleh jadi jiwa kacau T___T walaupun bekerja curik2 pegi, dimata manusia pastinya nampak buruk. memang takde pilihan..nak cuti, cuti dah habeh kuota,..ngam2 je..nak MC...takkan tiap2 kali kelas nak MC..nak time off..masa terkumpul takde.. memang ibarat telan mati mak ludah mati bapak. bak kata ustaz menuntut ilmu tu WAJIB. jadi...carilah jalan..

surah Al-Ma'idah ayat 35 ;

"wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (JALAN) untuk mendekatkan diri kepada-NYA, dan BERJIHADLAH (BERJUANGLAH) dijalan-NYA, agar kamu BERJAYA"

memang sy akan pegang ayat ni..tak nak jadi Fasik lagi..sanggup kena buang kerja kut semata2 nak datang kelas ni..sebab dah lama sy cari tempat untuk merujuk macam2 perkara dalam hidup ni.. Allah temukan dengan grup ini.. syukur sangat2..so sy takkan sia-siakan peluang ni. takpelah nampak buruk dimata manusia atau di judge didunia..yang penting sy nak belajar maksud ayat2 Al-Quran..taknak hidup dengan ajaran sangka-sangkaan, ajaran nenek moyang, ajaran ikut ikutan.. Allah Hu Rabbi..;(

ustaz nampak sempoi je kan..tak perlu berjubah, berjanggut, berketayap..penyampaian ILMU AQ yang sebenar-benar tu yang sangat berharga..

harini tajuk berkait dengan hari raya lah sempena nak raya kan.. hmmmm lagi salah anggap tentang RAYA..banyaknya jahil diri ni..memang kena belajar banyaaaaaaaaaaaak lagi..

lain kali share,..ni sebenarnya nak highlight ni..murah rezeki harini..dapat duit raya dari PM Cery.. Subhanallah..

Bila masing2 ucap terima kasih.. PM Cery mentioned ' ni bukan duit raya,..tapi duit zakat sy pada semua yg datang kelas harini. sebab sanggup berjihad'

Subhanallah,..... 

terus terdetik dihati sy..Allah 'bayar' semula tambang2 yg sy berhabisan tadi bayar teksi.. ;(

Allah sayang hamba-NYA yang berjihad ke jalan-NYA kan?