Wednesday, 26 August 2015

10 Fakta tentang pengasas SHAKLEE yang anda perlu tahu

Assalamualaikum

1. Dr. Forrest C. Shaklee adalah pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956 semasa berusia 61 tahun.

2. Beliau adalah seorang yang berbakat dalam pelbagai bidang iaitu chiropractor, pencipta, penulis, paderi, dan personaliti radio.

3. Setiap pengalaman beliau telah membantu membentuk wawasan beliau sehingga ke hari ini yang mana falsafah yang diguna pakai Shaklee " Better You Better World" mencerminkan secara langsung visi awal Dr Shaklee.

4. Minat beliau terhadap kesihatan bermula kerana penyakit zaman kanak-kanaknya iaitu batuk kering.

5. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan, rawatan beliau adalah rehat yang cukup, makanan berkhasiat dan menghabiskan waktu diluar bandar.

6. Hidup berharmoni dengan Alam menjadi satu cara hidup dalam bertahun-tahun pembentukan beliau.

7. Minat Dr. Shaklee dalam kesihatan optima membawa beliau dari lapangan ke makmal dan bilik peperiksaan. 

8. Beliau percaya pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan. Bermula dari itu, beliau cuba membangunkan teknik untuk mengekstrak nutrien dari makanan.

9. "Vitalized Mineral" telah diperkenalkan pada tahun 1915, sebelum konsep vitamin telah difahami sepenuhnya.

10. Merupakan orang yang terawal dalam amalan membantu diri sendiri yang mana beliau percaya kepentingan pemikiran positif yang mempunyai hak cipta 'Thoughtsmanship'.