Monday, 17 August 2015

5 Persediaan Yang Perlu Dilakukan Bagi Ibu Yang Ingin Menyusukan Bayi Secara Eksklusif!

Assalamualaikum

minum susu mama yang diperah^^

Tahniah ibu-ibu kerana mengambil langkah bijak untuk menyusukan bayi secara esklusif sehingga 2 tahun! Mari mama kongsikan 5 persediaan yang perlu ibu-ibu lakukan. Sekiranya tidak melengkapkan diri dengan persediaan yang secukupnya, nescaya anda tidak dapat MEMBERI dan akan GAGAL dalam melaksanakan misi penyusuan ini.



1. KEMAHUAN
Pertama sekali, anda perlu MAHU! Ya, MAHU menyusukan! KEMAHUAN akan mengatasi segalanya. Jika ini tersemat dihati, datanglah apa sahaja dugaan (ya, dugaan menyusukan anak sangat-sangat hebat) anda pasti boleh mengatasinya. Jika si ibu sendiri tidak mahu, maka tiadalah susu ibu. Ingat, konsep DEMAND & SUPPLY tu kan.

2. KOMITED
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Anda perlu SANGGUP melakukan apa sahaja, selagi terdaya untuk memastikan anda berjaya! Perlu ditanam dalam HATI dan MINDA bahawa tiada susu lain setanding susu ibu. Jangan beli apa-apa makanan atau susu lain. Kerana terlalu mudah membeli SUSU GANTIAN yang lain maka ramai ibu tidak berjaya. So please don't start. Biarlah ada rasa kebergantungan yang kuat pada hanya susu ibu.

3. KEKUATAN MENTAL
Anda perlu mempersiapkan mental untuk menempuhi kesukaran, terutama pada awal-awal kelahiran. Ramai ibu-ibu gagal di tahap ini. Namun percayalah kesukaran itu akan berlalu. Semakin bayi membesar, semakin mudah proses in berjalan. Ingat, cuma 2 tahun daripada hidup mereka untuk memberikan yang terbaik. Masa berlalu begitu pantas dan anda tidak akan menyesal. Percayalah ^^

4. SOKONGAN
Anda perlu mencari mereka yang MENYOKONG, memberi anda SEMANGAT dan KATA-KATA PERANGSANG. Janganlah mendengar nasihat daripada mereka yang tidak berjaya atau CETEK ILMU. Cari orang yang sudah berjaya. Banyak kumpulan sokongan penyusuan susu ibu diluar sana dan dapatkan nasihat pakar jika masalah penyusuan anda rumit. Boleh jenguk laman sesawang ini ; http://malaysianbfpc.org/ atau http://www.ilca.org/i4a/pages/index.cfm?pageid=1

5. BELAJAR DAN MEMBACA
Anda perlu mencari ilmu dan berusaha sendiri. Persiapkan diri dengan banyak membaca atau bertanya kepada yang telah berjaya. Memang perlu banyak ilmu untuk mengekalkan momentum dalam proses penyusuan ini. Dalam apa jua bidang pun, jika tiada ilmu maka hasilnya tidaklah seberapa bahkan boleh jadi gagal pula.

Mama bersyukur kerana mendapat pendedahan secukupnya tentang kepentingan susu ibu ni sejak dari anak kedua. Namun, kerana tiada semangat yang cekal mama tak dapat melaksanakannya. Alhamdulillah anak ketiga dan keempat mama si kembar Dina dan Dini mendapat susu ibu secara eksklusif. Lagi 3 bulan mereka akan berusia genap 2 tahun. Sebab tulah mama berani bercerita tentang susu ibu kerana mama dah laluinya dan mama yakin 100% semua ibu-ibu mampu menyusukan anak mereka.

Kuatkan semangat ok?