Tuesday, 18 August 2015

Adakah Anak Anda Perlukan Makanan Tambahan (Suplemen)?

Assalamualaikum..

sekadar hiasan ; anak-anak dara mama :)

Sebagai ibu bapa kita disarankan memberi makanan berkhasiat untuk anak-anak. Seeloknya galakkan anak untuk mengambil pelbagai jenis makanan daripada 4 kumpulan makanan asas bermacam warna, rasa dan tekstur yang berbeza, maka dengan itu mereka tidak memerlukan makanan tambahan. 

Keadaan yang bagaimanakah yang dikatakan anak anda memerlukan makanan tambahan?

Ianya sekiranya, jika anda mempraktikkan pemakanan vegetarian tanpa telur dan produk tenusu, maka anak anda mungkin memerlukan makanan tambahan seperti vitamin B12, D dan kalsium. Sebahagian kecil kanak-kanak juga memerlukan zat besi (untuk darah membawa oksigen) lebih kurang 15gm setiap hari yang terdapat dalam hati, daging, ayam dan kekacang.

Namun, harus diakui masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa adalah anak-anak terlalu memilih makanan atau diistilahkan sebagai 'picky eater' . Sebagai ibu bapa semestinya keadaan ini merisaukan kerana jika khasiat tidak cukup, bagaimana anak-anak hendak membesar dengan sempurna dan baik?Ya mungkin ada yang berpendapat, apa jua keaadan pun anak-anak tetap akan membesar. Tepuk dada tanya iman samada anda ibu bapa prihatin kerana jika ya, anda akan memastikan tumbesarannya sempurna. 

picky eater


Menjawap persoalan adakah anak anda perlukan makanan tambahan untuk membantu tumbesarannya, ingin saya jelaskan bahawa ;

Banyak vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh tidak meresap jika anak-anak terlalu memilih makanan! (Ya, saya mengalaminya.Anak-anak saya yang berusia 5 & 7 tahun tidak gemarkan sayur!) Bila keadaan ini berlaku, anak-anak akan kerap sakit dan ini akan mengganggu proses pembelajarannya. Pendek kata, sekiranya tidak cukup nutrisi, maka fungsi otak tidak akan berjalan dengan lancar.

Oleh sebab itu, belilah makanan tambahan yang kini dalam pelbagai bentuk dan rupa. Malah kandungannya juga datang daripada pelbagai sumber dari serata benua. Laburlah sedikit wang demi anak-anak tercinta.

Walaubagaimanapun, berikut perkara yang perlu ibu bapa ketahui tentang makanan tambahan :

Makanan Tambahan bukanlah makanan ajaib.
1. Janganlah mudah terpedaya bahawa satu jenis suplemen akan memberi segala khasiat dan menyembuhkan segala penyakit. Dakwaan seperti ini adalah tidak benar dan tidak masuk akal sama sekali. Tiada satu pil yamg boleh menyembuhkan semua penyakit. Kalau ada, maka kita tidak perlukan hospital lagi.

2. Telitilah kandungan vitamin yang diambil. Bahan yang dicampurkan ke dalamnya perlulah dari sumber yang bersih, halal dan selamat. Pilihlah pengedar  dan jenama yang baik, yang berkualiti dan terbukti keberkesanannya. Baca label dibelakang botol dan lakukan sedikit kajian mengenainya.

3. Jangan tak tahu ya, ada makanan tambahan yang tidak boleh diberi secara berlebihan contohnya vitamin A, E, D dan K. Jika berlebihan ia akan mendatangkan masalah apabila terkumpul di dalam hati.



Tiada jalan pintas
Manusia memang sukakan jalan pintas! Jalan pintas adalah jalan pantas. Hakikatnya hidup ini bukanlah semudah itu. There's no shortcuts to anything. Janganlah sekali-kali menggantikan makanan harian dengan makanan tambahan. Mahukan hasil perlukan kesabaran dan usaha. Makanan pun begitu, ada sesetengah orang bergantung pada makanan tambahan semata-mata.

Perlu ditegaskan bahawa, makanan tambahan TIDAK BOLEH menggantikan makanan seharian anak kita, ia cuma membantu MENAMBAH apa yang kurang dan berfungsi sebagai PELENGKAP sahaja. Anak-anak tetap perlukan makan berkhasiat setiap hari.

DHA
Jika anak-anak tidak makan ikan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu maka mereka tidak mendapat khasiat lemak DHA atau essential fatty acids yang membantu perkembangan otak. DHA sememangnya tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan dengan sendiri dan ia amat diperlukan dari sumber-sumber makanan seperti ikan berlemak, soya, tauhu dan brokoli. 

Oleh itu mengambil makanan tambahan yang mengandungi DHA dan EPA (Omega-3) sangatlah membantu.. 



Vitamin C
Sumber terbaik vitamin C adalah daripada byuah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C penting untuk anak-anak bagi mengelakkan mereka daripada selsema dan infeksi lain kerana ia meningkatkan kekebalan sistem pertahanan badan dan membekalkan imuniti. Petikan dari buku Feed Your Child Right menyarankan kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun perlu mengambil 20mg vitamin C sehari.

Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana sekiranya berlebihan ia tidak disimpan didalam badan, tetapi akan dikeluarkan melalui proses pembuangan air kecil. Apabila sakit, luka atau dalam keadaan tertekan makan pengambilan vitamin C perlulah dipertingkatkan.

Vitamin C paling banyak terdapat dalam  buah jambu.






Minta nasihat doktor
Setiap kanak- mempunyai keperluan yang berbeza bergantung pada umur, tinggi dan berat serta gaya hidup. Tanyalah pakar pediatrik anda dan berbincanglah dengan mereka. Apa yang ingin ditekankan disini ialah jika anak-anak mengambil makanan lengkap seimbang yang lengkap dengan buah, karbohidrat, protein, sayuran dan lemak maka mereka tidak memerlukan makanan tambahan.

Namun jika mereka kerap sakit, tidak makan dengan baik, mempunyai masalah kesihatan maka memberi mereka makanan tambahan mungkin dapat membantu.

Mama harap entry ini membantu menjawab kemusykilan ibu bapa tentang keperluan makanan tambahan untuk anak mereka.


set lengkap suplemen untuk anak-anak mama :)



Jika perlukan suplemen untuk anak anda, hubungi mama :)

Sakila (mamasihatcantik)
012.257.0028
Tele/WA

sumber rujukan : Dato Dr. Musa Mohd Nordin, Profesor Pediatrik dan Pakar Perunding Neonatalogi