Wednesday, 12 August 2015

Ibu Hamil : Perlu SUPLEMEN atau tidak?

Assalamualaikum...




Suplemen (bekalan tambahan) untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil.



Sejujurnya saya mula ambil berat tentang suplemen waktu mengandung semenjak mengandungkan si kembar. Oleh kerana terlalu lemah dan tak berdaya mengandungkan si kembar dengan saiz badan saya nak menampung 2 bayi dalam kandungan. Ditambah lagi dengan bulan puasa waktu itu, maka perkenalan dengan ESP sangat membantu.

Teruja saya nak berkongsi dengan anda semua yang bakal bergelar ibu atau sudah bergelar ibu namun belum faham kenapa suplemen penting untuk anda dan bayi dalam kandungan. Juga untuk yang belum ada zuriat dan sedang merancang untuk mengandung. Jangan tak tahu ya, untuk mengandung seeloknya badan kena bersedia dahulu untuk menghadapi situasi-situasi alahan dan sebagainya. Ada saya kongsikan serba sedikit dalam entry susu ibu ni :)

Sebagai kakitangan di Hospital, saya banyak bergaul dengan doktor-doktor samada doktor pakar atau doktor pegawai perubatan. Saya faham, bukan semua dari mereka bersetuju pun ibu hamil ambil supelemen (semestinya tidak menolak hanya vitamin wajib yang hospital bekalkan). Malah saya pernah approach doktor pakar yang dah lama kahwin tapi baru hamil. Dalam senyum dia berkata, 'makan makanan sihat lagi baik..'..ok saya faham. Doktor-doktor (tak semua) lebih gemar ambil makanan berkhasiat dan mengamalkan diet seimbang daripada telan suplemen. Saya terima. Pendapat masing-masing kan. (Perlu diingatkan : Suplemen bukanlah pengganti kepada pemakanan berkhasiat)

Lagipun siapalah saya nak berdebat hal sebegini dengan mereka yang lebih arif soal kesihatan. Namun, jauh disudut hati saya yakin sangat bahawa makanan berkhasiat sekarang ni 'belum tentu berkhasiat'. Dengan kes ayam cucuk, sayur kena racun serangga, cara penyediaan makanan tu sendiri macam mana. Panjang ceritanya. 

Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau mengikut saranan Doktor dan ahli farmasi. Setelah mengetahui diri hamil, maka ibu-ibu haruslah menekan kan keperluan khas untuk anda antaranya ;

Iron (Zat Besi)
Penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Dos yang biasa dicadangkan untuk wanita hamil adalah 27mg berbanding wanita tidak hamil hanya memerlukan 18mg sahaja.

Folic Acid
Sangat penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi sedari awal kehamilan. Seeloknya folic acid diambil sejak dari awal perancangan mahu hamil (sewaktu persenyawaan ovum dan sperma) supaya dapat berikhtiar menghalang kecacatan 'neural tube' disamping membantu pembentukan saraf dan sel-sel yang lain.

Sebab tu saya pernah sarankan customer saya supaya terus consume folic acid sejurus selepas berkahwin kerana ada kehamilan tanpa dirancang. Jadi kita waspada sahaja.

Dos yang disarankan untuk wanita yang bersedia untuk hamil adalah 400mcg sehari manakala wanita yang telah hamil adalah 1000mcg sehari. Wanita harus bijak mencari suplemen yang bersesuaian dengan keperluan kerana ada suplemen yang dijual pada dos 5000mcg (5mg).

Kalsium
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Tanpa bekalan kalsium yang mencukupi, wanita hamil amat terdedah dengan risiko "preeclampsia" yang mungkin membawa maut pada ibu dan anak dalam kandungan.

Dos yang dicadangkan adalah 1000mg setiap hari.

Omega-3
Diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik terutama ikan salmon namun dikhuatiri sumber dari ikan dari laut dalam ini boleh mengakibatkan keracunan merkuri akibat pencemaran sungai. Maka, mahu atau tidak ibu hamil harus mencari inisiatif lain untuk menggantikan keperluan omega selain dari ikan.

Dos yang dicadangkan adalah 200-300mg sehari bagi wanita hamil juga menyusukan anak.

Nasihat saya kepada ibu hamil sebaiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mencuba sebarang jenama suplemen diluar sana. Kerana adakalanya suplemen ini mengandungi nutrien yang terlebih tinggi yang mungkin tidak sesuai untuk anda. Dibimbangi 'overdose' kerana ianya boleh menambahkan lagi rasa loya dan muntah terutama diawal kehamilan. Perhatikan juga label di botol sebelum membelinya.

Perlu atau tidak supelemen? Terserah anda.. Namun jangan dinafikan hak bayi anda dalam kandungan yang memerlukan nutrisi lengkap untuk tumbesarannya.

Sumber rujukan : Dr Zubaidi

*P/S : Shaklee ada SET supelemen lengap untuk IBU HAMIL. Bertuahnya anda :)