Wednesday, 12 August 2015

Khasiat susu ibu yang perlu anda tahu

Assalamualaikum .. Hi there..

Lama dah mama tak update kan.. So sorry.. ^~

Izinkan mama story pasal khasiat susu ibu ya..


Tahukah anda susu ibu adalah makanan paling sempurna untuk bayi kerana mengandungi semua zat makanan yang diperlukan dalam kadar yang betul. Malah sehingga kini kajian mengenai susu ibu masih dilakukan bagi membongkar pelbagai keistimewaan dan keajaiban pada kesihatan bayi yang seolah-olah tiada penghujungnya...<<<--- hanya kerana mereka minum susu ibu :)

Sebenarnya saiz perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar guli kecil (5-7ml) sahaja. Sangat kecil bukan? Bahkan ketika dalam rahim bayi akan menelan air ketuban dalam kuantiti sangat sedikit iaitu sekali atau dua kali telan sahaja. Itu sahaja yang diperlukan oleh bayi. Dari sini ibu2 boleh faham mengapa bayi yang diberi susu formula biasanya akan MUNTAH DENGAN BANYAK. Atau dalam bahasa kita asyik 'muak' bila selesai menyusu.

Pada hari2 pertama kelahiran bayi, ibu akan menghasilkan susu yang dipanggil KOLOSTRUM. Ia juga dikenali sebagai "cecair bernilai emas" kerana warnanya yang kekuningan ini merupakan PEMBEKAL IMUNITI pada seluruh tubuh anak anda. Ia adalah makanan dan minuman ajaib yang memberi kekebalan terhadap segala virus,bakteria dan kuman yang berada di udara sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Ok sampai situ dulu pasal asal usul susu ibu T__T

Mari mama beritahu serba sedikit apa istimewa sangat susu ibu nih ya.. 


Anak lebih bijak??! Siapa tak nak kan? Kajian diatas ni mengesahkan fakta ini. Anak diberi susu ibu lebih bijak!! Maksud mama secara ekslusif ya.. Bukan sebulan dua sahaja.. EKSLUSIF SELAMA 2 tahun

 

Susu ibu kaya dengan ENZIM, membantu pertumbuhan dan kematangan sistem imun bayi, mengandungi faktor anti bakteria, bahan pencegah penyakit, asid amino, mineral, zat besi, taurin yang perlu untuk perkembangan otak dan banyak lagi. Tak mungkin sama kandungan zat dalam susu ibu dengan mana2 makanan lain kerana susu ibu tidak boleh ditiru, tiada ganti dan tiada tolok bandingnya. 

Menariknya... Susu ibu berubah-ubah dan ia hidup! Jika diletakkn di bawah mikroskop anda akan lihat perbezaan ketara antara susu formula dan susu ibu. Susu ibu kaya dengan sel darah putih yang membantu melawan sebarang penyakit dan juga mengandungi 'fat globules' untuk perkembangan mata dan otak. 

Haishhhh banyaaaaaaaknya khasiat susu ibu ni kan? Mama akan sambung di next entry la ya.. Takut si kembar terjaga pulak nanti mama ada kerja lagi nak settle kan ni ..

*selamat menyusukan anak ya! Rugi tau tak rebut peluang bagi zat terbaik untuk anak! ^^

Sumber rujukan : Puan Rita Rahayu, pakar Laktasi Bertauliah