Wednesday, 26 August 2015

Meniti hari-hari terakhir 'pumping'

assalamualaikum

Dah tak lama mama nak tinggalkan dunia ngepAm ni.. Lepas ni direct feed jelah sampai kembar 2 tahun.. Semestinya sampai 2 tahun lebih ni nampak gaya dari sekarang takleh tidur selagi tak dapat nyonyot..🙊🙊

Takpelah... Pelan2 ajar wean-off nanti..


Alhamdulillah la.. Hingga saat ni masih ada rezeki untuk diorang.. Walaupun dah sesak jugaklah rasanya.. Dah macam drop kuantitinya.. Mama tak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri..

Susu ada je sebenarnya tapi kuantiti drop sebab mama yang set mind dah malas la.. Nanti dah taknak ngepam lah.. Timing pun dah lari.. Makin malas.. Hinggakan pam sekali sehari je sekarang.. Lumpsum terus..4 or 4.30 petang pam sekali harung.. Eeiii pemalas kan? 

Jangan ikut sikap ni ye mommies.. Mujurlah kembar dah besar.. So tak risau susu tak cukup sebab diorang dah makan banyak.. 

^^