Thursday, 27 August 2015

Yeayyy!! Mama dah resign Part 3

assalamualaikum^^

(baca dulu Part 1, Part 2 )

Dari segi kewangan memang orang kata zaman sekarang suami kerja sorang mana cukup?

Tapi kena tengok belanja bulanan tu, banyak spend tang mana? Silap-silap banyak belanja yang tak perlu.

Macam mama sendiri, bayar pengasuh dah RM900.. Balen gaji tinggal berapa jek kat tangan.. Bila kerja nak kena spend duit untuk petrol lagi.. Makan lagi.. Breakfast nya lunch nya.. Pastu balik keje kang singgah menyinggah nak tapau makan anak pulak!

(Dan ada yang kata sabarlah, anak kecik lagi memang banyak belanja nak pakai bila anak dah besar oklah..kurang belanja..YA, mungkin belanja kurang..tapi waktu kecil anak tu tak boleh diputar semula)

Ya, memang mama tak masak dihari bekerja. Orang nak judge malas silakanlah. Orang tak rasa ada anak kembar yang mana nak menempel jelah bila maknye balik keje.. Almaklum 8-9 jam tak jumpa kan..

Dan nak masak pun serasa tak berbaloi sekadar untuk amani je kan baba dia sah2 tak makan nasik & yes, mama masak untuk suami^^ makanan dia simple2 je..

Hah waktu ni pun si kembar dah merengek2 berlegar kat kaki main kat dapur main peti sejuk bukak tutup bukak tutup..uii memang stress nak masak kalau takde yang tolong nengokkan depa..

persoalan pasal cukup ke?cukup ke?lain periuk lain belanja kan..dan yang pastinya..kita ni jangan pikir banyak sangat..kita manusia biasa..hamba ALLAH yang hina..ada batasan dalam pemikiran.. jika kita merancang masa depan dan tabungan untuk 5 tahun akan datang pon, kita belum tentu hidup selama itu untuk mengecapi nya..

memang bagus merancang, tetapi jangan sampai menidakkan KUASA ALLAH,.. serahkan pada Allah..janji kita usaha sehabis baik..niat yang baik pasti Allah permudahkan..

jujur, mama cuma terbayang muka anak dan suami..situasi mama, bila bekerja mereka terabai..makan pakai terabai..mama tak se kuat mak2 yang lain yang boleh bahagikan masa dengan bijak. tiada yang terabai sepanjang mak kerja..moga Allah balas dengan pahala berlipat kali ganda..

*15 days to go T__T